Connect with us

Terkini

Harga benih padi sah turun RM2: ‘Kerajaan henti perbodohkan pesawah’ – ADUN Kota Siputeh

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Koordinator Gerakan Melawan Penindasan Petani (GEMPITA), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
  • Jelas Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang juga Koordinator Gerakan Melawan Penindasan Petani (GEMPITA), sekira benar kerajaan mendakwa mahu membela pesawah, mengapa kadar kenaikan harga benih jauh lebih tinggi, berbanding kadar kenaikan harga padi yang dibeli daripada pesawah sendiri.
  • “Harga benih padi naik +65.7 peratus (RM35 → RM58) selepas Kerajaan Madani ambil alih, tetapi harga lantai belian padi hanya naik +25 peratus (RM1,200 → RM1,500). Pesawah tanggung bermacam lagi kenaikan kos input dan pengurusan padi yang tidak sejajar imbangan sejak penarikan subsidi Diesel.
  • “Penurunan terbaru (yang diumum semalam) hanya -3.45 peratus — turun RM2 sahaja daripada lonjakan asal RM23.
  • “Dengan satu tan metrik benih padi mampu menghasilkan sekitar 50 kampit (20kg), nilai jualan benih pada harga RM56 kini mencecah RM2,800 per tan berbanding harga lantai belian padi RM1,500 per tan — jurang keuntungan pengilang dan pemborong benih jauh lebih besar daripada margin pendapatan pesawah.” — Mohd Ashraf.
  • “Cukup-cukuplah memperbodohkan pesawah dengan angka kecil demi menutup kegagalan besar. Jangan sampai kerajaan ini dikenang sebagai kerajaan yang lebih menjaga untung tauke daripada keringat orang bendang.”Pentadbiran Kota Siputeh bersama-sama ADUN Kedah berdiri teguh bersama pesawah. Suara rakyat marhaen tidak boleh dipandang enteng,” katanya yang turut menegaskan bahawa pesawah wajib dibela, bukan diperbodohkan.

KUALA LUMPUR — “Harga benih padi turun RM2? Kerajaan jangan perbodohkan pesawah — yang untung bukan orang bendang!”

Itu antara penegasan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir susulan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) semalam memaklumkan harga kawalan maksimum bagi Benih Padi Sah (BPS) di bawah Insentif Benih Padi Sah akan diselaras kepada RM52 di peringkat borong dan RM56 bagi runcit per kampit 20 kilogram (kg) di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini,  harga kawalan maksimum BPS di peringkat borong ialah RM54, manakala RM58 bagi runcit per kampit 20 kg.

Mohd Ashraf yang juga Koordinator Gerakan Melawan Penindasan Petani (GEMPITA) menyifatkan pengumuman yang digambarkan seolah-olah sebagai inisiatif membela pesawah itu hakikatnya jauh tersasar daripada situasi sebenar dihadapi kelompok pesawah di lapangan, malah tidak lebih sekadar gimik murahan untuk menutup kegagalan kerajaan memahami realiti nasib pesawah.

Foto: Tangkap layar jadual yang disertakan dalam kenyataan media itu.

Ini kerana menurut beliau semenjak negara ini di bawah pentadbiran Madani, kenaikan benih padi telah berlaku sebanyak tiga kali (rujuk jadual di atas) yang tidak selari dengan kenaikan kos lain seperti racun, jentera dan sewaan sawah.

“Harga benih padi naik +65.7 peratus (RM35 → RM58) selepas Kerajaan Madani ambil alih, tetapi harga lantai belian padi hanya naik +25 peratus (RM1,200 → RM1,500). Pesawah tanggung bermacam lagi kenaikan kos input dan pengurusan padi yang tidak sejajar imbangan sejak penarikan subsidi Diesel.

“Penurunan terbaru (yang diumum semalam) hanya -3.45 peratus — turun RM2 sahaja daripada lonjakan asal RM23.

“Dengan satu tan metrik benih padi mampu menghasilkan sekitar 50 kampit (20kg), nilai jualan benih pada harga RM56 kini mencecah RM2,800 per tan berbanding harga lantai belian padi RM1,500 per tan — jurang keuntungan pengilang dan pemborong benih jauh lebih besar daripada margin pendapatan pesawah,” kata Mohd Ashraf menerusi kenyataan media yang dikongsikan dengan The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata dalam hal ini persoalan yang timbul adalah jelas tentang sama ada ia dasar pembelaan pesawah atau dasar mengenyangkan tauke benih.

Tegasnya, sekiranya benar kerajaan mendakwa mahu membela pesawah, mengapa kadar kenaikan harga benih jauh lebih tinggi, berbanding kadar kenaikan harga padi yang dibeli daripada pesawah sendiri.

Makanya, beliau melihat situasi itu bukannya satu reformasi pertanian, tetapi sebagai eksploitasi moden terhadap petani kecil.

“Jika mengikut kadar nisbah asal (sebelum kerajaan Madani), iaitu: RM35 benih padi pada harga lantai belian padi RM1,200/tan. Maka, untuk harga lantai semasa pada RM1,500/tan, harga maksima benih padi yang sewajarnya adalah: RM43.00 bagi setiap 20kg.

“Cukup-cukuplah memperbodohkan pesawah dengan angka kecil demi menutup kegagalan besar. Jangan sampai kerajaan ini dikenang sebagai kerajaan yang lebih menjaga untung tauke daripada keringat orang bendang.

“Pentadbiran Kota Siputeh bersama-sama ADUN Kedah berdiri teguh bersama pesawah. Suara rakyat marhaen tidak boleh dipandang enteng,” katanya yang turut menegaskan bahawa pesawah wajib dibela, bukan diperbodohkan.

Berikutan itu Mohd Ashraf menuntut struktur harga benih padi disemak semula supaya selaras margin keuntungan pesawah, bukan margin pengilang selain penetapan harga benih padi juga mesti selaras kadar kenaikan harga lantai belian padi.

Beliau juga meminta supaya diwujudkan Jawatankuasa Pemantauan Kos Input Pesawah peringkat nasional dengan penyertaan wakil pesawah sendiri kerana antara yang menjadi persoalan ketika ini adalah bersama pesawah mana pihak KPKM berbincang isu berkenaan.

Tuntutan lain adalah supaya budaya dasar kosmetik dihentikan, sedangkan isi sebenar tidak menyelesaikan masalah rakyat di bawah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *