Connect with us

Antarabangsa

Pihak berkuasa Uzbekistan halang remaja tunai solat tarawih di masjid

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Tangkap layar rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Documenting Oppression Against Muslims Official Page (DOAM).
  • Perkara itu dikongsi oleh seorang remaja Uzbekistan menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat naik di laman Facebook Documenting Oppression Against Muslims Official Page (DOAM).
  • Menurut DOAM, di beberapa wilayah di Uzbekistan, pihak polis ditempatkan di luar masjid bagi menghalang golongan muda di bawah umur 18 tahun daripada menghadiri solat Tarawih atas pelbagai alasan, walaupun tiada larangan rasmi yang dikeluarkan.
  • “Kerajaan sekular Uzbekistan terus melaksanakan dasar yang mengehadkan aktiviti Islam, terutamanya dalam kalangan golongan muda,” tulis DOAM.

UZBEKISTAN — Pihak berkuasa Uzbekistan dilapor menghalang remaja di bawah umur 18 tahun dan kanak-kanak daripada menunaikan solat Tarawih di masjid.

Perkara itu dikongsi oleh seorang remaja Uzbekistan menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat naik di laman Facebook  Documenting Oppression Against Muslims Official Page (DOAM).

Menurut DOAM, di beberapa wilayah di Uzbekistan, pihak polis ditempatkan di luar masjid bagi menghalang golongan muda di bawah umur 18 tahun daripada menghadiri solat Tarawih atas pelbagai alasan, walaupun tiada larangan rasmi yang dikeluarkan.

Pihak berkuasa di pelbagai wilayah turut dilapor mengeluarkan notis dan arahan kepada sekolah serta ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka tidak menghadiri solat Tarawih di masjid.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menunaikan solat Tarawih di masjid.

“Kerajaan sekular Uzbekistan terus melaksanakan dasar yang mengehadkan aktiviti Islam, terutamanya dalam kalangan golongan muda,” tulis DOAM.

25 Jun tahun lalu, Dewan Perundangan Oliy Majlis dilapor telah meneliti satu draf berkaitan pindaan undang-undang baharu yang mensasarkan ibu bapa yang mahu anak mereka mempelajari pendidikan Islam di Uzbekistan.

Sekiranya diluluskan, draf undang-undang baharu itu akan mengenakan denda dan hukuman penjara kepada ibu bapa yang mendapatkan pendidikan Islam secara tidak sah untuk anak-anak mereka.

Tiada sebarang bantahan dikemukakan dalam bacaan pertama draf tersebut.

Jika pindaan ini diluluskan, Artikel 47 dalam Kod Pentadbiran (“Kegagalan Menjalankan Tanggungjawab dalam Mendidik dan Membesarkan Anak”) akan dikemas kini untuk memasukkan denda terhadap ibu bapa atau penjaga yang secara tidak sah melibatkan anak-anak mereka dalam pendidikan agama.

Jumlah denda yang dikenakan dijangka antara 3.4 juta hingga 5.1 juta som Uzbekistan ($270 – $404). Bagi kesalahan berulang, denda akan meningkat kepada $670 atau hukuman penjara selama 15 hari.  -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *