Connect with us

Terkini

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing – MPKB-BRI

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata sekiranya ada peniaga mengalibabakan lesen atau permit kepada warga asing, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mereka.
  • “Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.
  • “Harga sewa ialah RM570 untuk setiap petak termasuk permit dan khemah,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan pemain industri pelancongan dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI di Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU — Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga tempatan di bazar Ramadan sekiranya didapati menyewakan atau ‘menjual’ tapak jualan mereka kepada peniaga warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata sekiranya ada peniaga mengalibabakan lesen atau permit kepada warga asing, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mereka.

“Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

“Harga sewa ialah RM570 untuk setiap petak termasuk permit dan khemah,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan pemain industri pelancongan dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI di sini malam tadi.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya ada menerima maklumat berkaitan terdapat peniaga warga asing menggunakan lesen peniaga tempatan untuk berniaga di bazar Ramadan.

“Mereka ini (warga asing) biasanya akan mengaku sebagai pekerja sahaja ketika disoal, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *