Connect with us

Terkini

Tiada keperluan gubal Akta Anti Diskriminasi Kaum, undang-undang sedia ada memadai – Aaron

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang
  • Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ini kerana undang-undang sedia ada mencukupi untuk memastikan hubungan antara kaum terpelihara dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
  • “Dalam hal ini, penguatkuasaan yang telus dan adil, tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas sosial adalah amat penting untuk memastikan keharmonian terus terpelihara,” katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

KUALA LUMPUR — Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berpandangan tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum bagi membendung isu perkauman buat masa ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ini kerana undang-undang sedia ada mencukupi untuk memastikan hubungan antara kaum terpelihara dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

“Dalam hal ini, penguatkuasaan yang telus dan adil, tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas sosial adalah amat penting untuk memastikan keharmonian terus terpelihara.

“Namun demikian, sekiranya keadaan mendesak dan kerajaan berpandangan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula bagi tujuan mengekang sesetengah ucapan atau kenyataan (hate speech) atau perbuatan provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman, maka kementerian akan menyokong penuh hasrat berkenaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) sama ada kerajaan berhasrat menggubal Akta Anti Diskriminasi Kaum untuk membendung peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstremis dan perkauman pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *