Politik
Pilihan Raya PBT: MCA minta Ahli Parlimen DAP cermin diri, jangan hipokrit!

- “Cermin diri, jangan hipokrit! Sebelum nak menuduh MCA dan PAS telah lama bersekongkol memperalatkan isu perkauman demi kepentingan politik masing-masing, sila bercakap depan cermin. Kalau rumah tak ada cermin, saya hadiahkan.”
- Itu antara penegasan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong membalas kenyataan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng yang dilaporkan membidas PAS kerana didakwa tidak mengkritik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mencadangkan pengenalan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur.
- Menyifatkan kenyataan Lip Eng sebagai kenyataan bodoh, Choo Seong mempersoalkan asas kepada kenyataan itu dilemparkan kepada MCA dan dalam hal ini adakah Lip Eng masih bermentaliti pembangkang dan tidak berakal atau beliau berpura-pura hilang ingatan dan sengaja ingin mencari publisiti murahan.
- Ini kerana menurut beliau DAP yang selalu menggunakan isu kaum dan agama untuk kepentingan politik diri sendiri dalam ceramah dan kempen politik mereka.
- “Kepada segelintir pemimpin DAP ini, saya hendak ingatkan bahawa sejarah silam kalian dalam menghasut rakyat menerusi sentimen agama dan perkauman semata-mata mahu meraih sokongan, masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia,”kata Choo Seong menerusi hantaran di Facebook yang disertakan tangkap layar artikel bertajuk “Pilihan raya PBT: ‘Mengapa tak serang MCA juga’, wakil rakyat DAP persoal PAS”.
KUALA LUMPUR — “Cermin diri, jangan hipokrit! Sebelum nak menuduh MCA dan PAS telah lama bersekongkol memperalatkan isu perkauman demi kepentingan politik masing-masing, sila bercakap depan cermin. Kalau rumah tak ada cermin, saya hadiahkan.”
Itu antara penegasan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong membalas kenyataan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng yang dilaporkan membidas PAS kerana didakwa tidak mengkritik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mencadangkan pengenalan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur.
Menyifatkan PAS sebagai hipokrit, Ahli Parlimen DAP itu dilaporkan berkata, hanya empat bulan lepas parti tersebut lantang menentang cadangan sama diutarakan DAP, malah membangkitkan semula tragedi 13 Mei 1969 untuk menakut-nakutkan rakyat.
Namun, apabila MCA mengusulkan perkara serupa, PAS dilihat membisu seribu bahasa, menunjukkan kedua-duanya hanya hanya memainkan isu perkauman apabila ia menguntungkan mereka.

Foto: Gambar tangkap layar artikel FMT yang dimuat naik Choo Seong di Facebook-nya.
Menyifatkan kenyataan Lip Eng sebagai kenyataan bodoh, Choo Seong mempersoalkan asas kepada kenyataan itu dilemparkan kepada MCA dan dalam hal ini adakah Lip Eng masih bermentaliti pembangkang dan tidak berakal atau beliau berpura-pura hilang ingatan dan sengaja ingin mencari publisiti murahan.
Ini kerana menurut beliau DAP yang selalu menggunakan isu kaum dan agama untuk kepentingan politik diri sendiri dalam ceramah dan kempen politik mereka.
“Tengoklah berapa banyak video yang menunjukkan ahli-ahli DAP berucap dengan kata-kata provokasi, menyentuh isu kaum dan agama?
“Siapa yang kata kerjasama UMNO-PAS seperti Taliban? Siapa kata ia seolah-olah isytihar perang terhadap bukan Islam? Siapa kata “guna Melayu untuk ‘screw’ Melayu”?
“Hanya kerana PAS tidak menghentam MCA yang mencadangkan agar pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur diperkenalkan semula, itu bukti kami bersekongkol memperalatkan isu perkauman?”

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Neow Choo Seong
“Kepada segelintir pemimpin DAP ini, saya hendak ingatkan bahawa sejarah silam kalian dalam menghasut rakyat menerusi sentimen agama dan perkauman semata-mata mahu meraih sokongan, masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.
“Lim Lip Eng, sila tengok cermin sebelum nak bercakap! Kalau masih tidak jelas, tanya sifu kamu Tan Sri Lim!,” kata Choo Seong menerusi hantaran di Facebook yang disertakan tangkap layar artikel bertajuk “Pilihan raya PBT: ‘Mengapa tak serang MCA juga’, wakil rakyat DAP persoal PAS”. — The Merdeka Times
