Ekonomi
Trump ancam cukai 100 peratus terhadap negara BRICS jika dolar AS tidak digunakan
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa beliau akan mengenakan cukai 100 peratus terhadap negara-negara dalam gabungan BRICS jika mereka beralih daripada perdagangan menggunakan dolar AS.
- “Sikap berdiam diri dan hanya melihat negara-negara BRICS cuba untuk meninggalkan Dolar sudah berakhir.Kita mahu negara-negara ini tunjukkan komitmen mereka bahawa tiada usaha untuk mencipta mata wang BRICS yang baru atau menyokong mata wang lain untuk menggantikan dolar AS, atau mereka akan berdepan dengan cukai 100 peratus dan mengucapkan selamat tinggal kepada peluang memasuki ke dalam ekonomi AS yang luar biasa ini,” tulis Trump.
- Gabungan BRICS merupakan kumpulan negara bukan Barat yang pertama kali mengadakan sidang kemuncak rasmi BRICS pada tahun 2009, dengan Brazil, Rusia, India dan China menyertai kumpulan tersebut. Afrika Selatan menyertai setahun kemudian, dan menjadikan nama BRICS rasmi.
- Dalam sidang kemuncak tahun lalu, isu “de-dollarization” atau pengurangan pengaruh dolar AS dalam perdagangan global semakin mendapat perhatian, walaupun ia bukanlah idea baru bagi kumpulan ini.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa beliau akan mengenakan cukai 100 peratus terhadap negara-negara dalam gabungan BRICS jika mereka beralih daripada perdagangan menggunakan dolar AS.
Dalam satu hantaran di platform Truth Social pada hari Sabtu, Trump menegaskan bahawa negara-negara BRICS, yang merupakan gabungan negara-negara bukan Barat, harus bersedia untuk “mengucapkan selamat tinggal” kepada peluang untuk menjual produk negara mereka ke dalam ekonomi AS yang amat bernilai tinggi, sekiranya mereka menyokong mata wang selain dolar AS.
“Sikap berdiam diri dan hanya melihat negara-negara BRICS cuba untuk meninggalkan Dolar sudah berakhir.Kita mahu negara-negara ini tunjukkan komitmen mereka bahawa tiada usaha untuk mencipta mata wang BRICS yang baru atau menyokong mata wang lain untuk menggantikan dolar AS, atau mereka akan berdepan dengan cukai 100 peratus dan mengucapkan selamat tinggal kepada peluang memasuki ke dalam ekonomi AS yang luar biasa ini,” tulis Trump.
Gabungan BRICS merupakan kumpulan negara bukan Barat yang pertama kali mengadakan sidang kemuncak rasmi BRICS pada tahun 2009, dengan Brazil, Rusia, India dan China menyertai kumpulan tersebut. Afrika Selatan menyertai setahun kemudian, dan menjadikan nama BRICS rasmi.
Pada sidang kemuncak 2023, gabungan ini berkembang buat kali pertama dalam lebih sedekad, dengan mengundang Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai mereka.
Dalam sidang kemuncak yang sama, isu “de-dollarization” atau pengurangan pengaruh dolar AS dalam perdagangan global semakin mendapat perhatian, walaupun ia bukanlah idea baru bagi kumpulan ini.
Pakar bagaimanapun berpendapat bahawa BRICS menghadapi kesukaran untuk mencipta mata wang sendiri bagi perdagangan global, dengan memberi tumpuan kepada perpecahan dalam kalangan negara-negara anggota dan perbezaan besar dalam cara negara-negara tersebut menguruskan ekonomi dan institusi kewangan mereka. -The Merdeka Times