Antarabangsa
Kota 4,000 tahun ditemui ‘tersembunyi’ di oasis Arab Saudi
- Sebuah bandar kecil berusia 4,400 tahun di Khaybar Oasis di Arab Saudi membayangkan orang zaman gangsa di rantau itu lambat melakukan urbanisasi, tidak seperti sezaman mereka di Mesir dan Mesopotamia, demikian menurut satu kajian terbaharu.
- Livescience pada Rabu melaporkan penemuan tapak itu berhampiran bandar Al-‘Ula di wilayah Hejaz di barat Arab Saudi oleh ahli arkeologi yang memanggilnya “al-Natah”
- Menurut penyelidik, penempatan lama itu meliputi kira-kira 3.7 ekar (1.5 hektar), “termasuk daerah tengah dan daerah kediaman berdekatan yang dikelilingi benteng perlindungan”.
- “Tetapi bandar itu, yang diduduki bermula sekitar 2400 B.C. adalah kecil, dengan populasi sekitar 500 orang,” kata pasukan itu dalam kajian diterbitkan pada Rabu (30 Okt.) dalam jurnal PLOS One.
- Kota kecil itu dan kawasan berdekatannya dikelilingi tembok sepanjang 9 batu (14.5 kilometer), yang memberikan pertahanan daripada serbuan dilakukan orang nomad, tulis pasukan itu dalam kertas awal yang diterbitkan dalam Journal of Archaeological Science: Reports.
- Ia dikatakan telah ditinggalkan antara 1500 dan 1300 B.C. tetapi penyelidik tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.
Sebuah bandar kecil berusia 4,400 tahun di Khaybar Oasis di Arab Saudi membayangkan orang zaman gangsa di rantau itu lambat melakukan urbanisasi, tidak seperti sezaman mereka di Mesir dan Mesopotamia, demikian menurut satu kajian terbaharu.
Livescience pada Rabu melaporkan penemuan tapak itu berhampiran bandar Al-‘Ula di wilayah Hejaz di barat Arab Saudi oleh ahli arkeologi yang memanggilnya “al-Natah”
Menurut penyelidik, penempatan lama itu meliputi kira-kira 3.7 ekar (1.5 hektar), “termasuk daerah tengah dan daerah kediaman berdekatan yang dikelilingi benteng perlindungan”.
“Tetapi bandar itu, yang diduduki bermula sekitar 2400 B.C. adalah kecil, dengan populasi sekitar 500 orang,” kata pasukan itu dalam kajian diterbitkan pada Rabu (30 Okt.) dalam jurnal PLOS One.
Kawasan perumahan itu mempunyai sejumlah besar tembikar dan batu pengisar serta tinggalan sekurang-kurangnya 50 kediaman yang mungkin diperbuat daripada bahan tanah.
Kawasan tengah mempunyai dua bangunan yang mungkin digunakan sebagai kawasan pentadbiran, kata pasukan itu dalam kertas kajian itu.
Di bahagian barat kawasan tengah, necropolis ditemui. Ia mempunyai makam bulat besar dan tinggi yang dipanggil oleh ahli arkeologi “makam menara bertingkat”.
Kota kecil itu dan kawasan berdekatannya dikelilingi tembok sepanjang 9 batu (14.5 kilometer), yang memberikan pertahanan daripada serbuan dilakukan orang nomad, tulis pasukan itu dalam kertas awal yang diterbitkan dalam Journal of Archaeological Science: Reports.
Ia dikatakan telah ditinggalkan antara 1500 dan 1300 B.C. tetapi penyelidik tidak pasti mengapa perkara itu berlaku. – The Merdeka Times