Terkini
Zii Jia langkah kanan di Terbuka Arctic
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bermula langkah kanan dalam misi mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov di pusingan pertama Terbuka Arctic, hari ini.
- Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bermula langkah kanan dalam misi mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov di pusingan pertama Terbuka Arctic, hari ini.
- Zii Jia selaku pemain pilihan ketiga kejohanan tidak berdepan masalah menang straight set, 21-15, 21-11 dalam masa 43 minit.
- Bagaimanapun nasib berbeza dialami dua pemain perseorangan lelaki negara apabila Lee Zii Jia melangkah ke pusingan kedua manakala Leong Jun Hao terkandas di pusingan pertama Terbuka Artik di Vantaa, Finland, hari ini.
Kuala Lumpur — Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bermula langkah kanan dalam misi mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov di pusingan pertama Terbuka Arctic, hari ini.
Dalam perlawanan berlangsung di Vantaa, Finland, Zii Jia selaku pemain pilihan ketiga kejohanan tidak berdepan masalah menang straight set, 21-15, 21-11 dalam masa 43 minit.
Di awal permainan set pertama, pemain di ranking keempat dunia itu dilihat seperti mencari rentak permainan dan cuba menyesuaikan diri dengan gelanggang.
Di pertengahan perlawanan, wakil negara itu terus menjarakkan kedudukan untuk menutup set pertama dengan kemenangan.
Meskipun lawan cuba bangkit memberi tentangan di set kedua, Zii Jia kelihatan lebih bersedia sehingga memberi keselesaan buat pemain negara itu.
Bagaimanapun nasib berbeza dialami dua pemain perseorangan lelaki negara apabila Lee Zii Jia melangkah ke pusingan kedua manakala Leong Jun Hao terkandas di pusingan pertama Terbuka Artik di Vantaa, Finland, hari ini.
Leong Jun Hao gagal meneruskan perjuangan apabila terkandas di pusingan pertama di tangan Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong, 19-21 dan 9-21.
Menanti Zii Jia sama ada pemain China, Lei Lan Xi atau wakil Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua, esok.
Zii Jia muncul juara kejohanan tahun lalu selepas menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong dengan straight set, 21-14, 21-15. – The Merdeka Times