Antarabangsa
(VIDEO) Taufan Milton dengan kelajuan 193 kmj landa pantai Barat Laut Florida
Taufan Milton melanda daratan pada malam Rabu sebagai ribut “berbahaya Kategori 3” berhampiran Siesta Key di pantai barat tengah Florida, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.
- Taufan Milton melanda daratan pada malam Rabu sebagai ribut “berbahaya Kategori 3” berhampiran Siesta Key di pantai barat tengah Florida, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.
- Taufan Milton mencatatkan kelajuan angin berterusan 120 mph (193 kmj) semasa ia melanda daratan, lapor CBS News hari ini.
- Pusat kajian taufan memberi amaran kepada penduduk di kawasan Tampa dan St. Petersburg supaya berlindung di tempat selamat kerana “angin taufan yang sangat berbahaya” sedang merebak di kawasan itu.
- Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Miami pula mengesan sekurang-kurangnya empat puting beliung, termasuk “taufan multi-vortex” (taufan lebih dari satu pusaran), manakala ahli meteorologi melaporkan lonjakan ribut tiba di sepanjang pantai barat daya Florida.
- Amaran puting beliung dikeluarkan untuk beberapa bandar, selain amaran taufan dan lonjakan ribut sedia ada telah dikeluarkan untuk kawasan-kawasan tersebut.
Taufan Milton melanda daratan pada malam Rabu sebagai ribut “berbahaya Kategori 3” berhampiran Siesta Key di pantai barat tengah Florida, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.
Siesta Key merupakan pulau penghalang yang terletak di selatan Sarasota.
Taufan Milton mencatatkan kelajuan angin berterusan 120 mph (193 kmj) semasa ia melanda daratan, lapor CBS News hari ini.
Pusat kajian taufan memberi amaran kepada penduduk di kawasan Tampa dan St. Petersburg supaya berlindung di tempat selamat kerana “angin taufan yang sangat berbahaya” sedang merebak di kawasan itu.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Miami pula mengesan sekurang-kurangnya empat puting beliung, termasuk “taufan multi-vortex” (taufan lebih dari satu pusaran), manakala ahli meteorologi melaporkan lonjakan ribut tiba di sepanjang pantai barat daya Florida.
Amaran puting beliung dikeluarkan untuk beberapa bandar, selain amaran taufan dan lonjakan ribut sedia ada telah dikeluarkan untuk kawasan-kawasan tersebut.
Selepas berkembang menjadi ribut besar Kategori 5 dengan kelajuan angin melebihi 180 mph (289 kmj) pada Isnin, kelajuan berterusan angin Milton mula berkurang apabila taufan itu menghampiri daratan.
Sebelum ini, peramal menggambarkannya Milton sebagai taufan “katastrofik” (membinasakan).
Kerugian besar dan banjir dijangka tetap akan berlaku walaupun taufan itu melemah kepada Kategori 3 yang tetap dikira masih kuat. — The Merdeka Times
View this post on Instagram