Connect with us

Terkini

(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU

Syarikat pro-zionis, BlackRock mengesahkan ia telah berjaya memiliki Global Infrastructure Partners (GIP) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan syarikat terbabit pada 1 Oktober lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Tetap ARMADA BERSATU Malaysia, Zahin Zainal.
  • Syarikat pro-zionis, BlackRock mengesahkan ia telah berjaya memiliki Global Infrastructure Partners (GIP) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan syarikat terbabit pada 1 Oktober lalu.
  • Perkembangan terbaru itu dikongsikan Pengerusi Tetap ARMADA BERSATU Malaysia, Zahin Zainal yang melihat pengesahan berkenaan sekali gus menafikan sebarang dakwaan dan propaganda sebelum ini kononnya GIP tidak dimiliki syarikat pro-zionis berkenaan.
  • “Susulan pengesahan ini ARMADA menggesa kerajaan khususnya Khazanah untuk membatalkan penjualan saham MAHB kepada GIP kerana penjualan saham MAHB kepada GIP adalah sama seperti penjualan saham MAHB kepada BlackRock memandangkan syarikat itu (kini) memiliki GIP sepenuhnya,” kata Zahin dalam klip video sidang media yang dimuat naik di Facebook Armada Bersatu Malaysia pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Syarikat pro-zionis, BlackRock mengesahkan ia telah berjaya memiliki Global Infrastructure Partners (GIP) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan syarikat terbabit pada 1 Oktober lalu.

Perkembangan terbaru itu dikongsikan Pengerusi Tetap ARMADA BERSATU Malaysia, Zahin Zainal yang melihat pengesahan berkenaan sekali gus menafikan sebarang dakwaan dan propaganda sebelum ini kononnya GIP tidak dimiliki syarikat pro-zionis berkenaan.

Zahin berkata ARMADA menggesa kerajaan, khususnya Khazanah Nasional Bhd, membatalkan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP ekoran perkembangan terbaru melibatkan syarikat tersebut.

“Susulan pengesahan ini ARMADA menggesa kerajaan khususnya Khazanah untuk membatalkan penjualan saham MAHB kepada GIP kerana penjualan saham MAHB kepada GIP adalah sama seperti penjualan saham MAHB kepada BlackRock memandangkan syarikat itu (kini) memiliki GIP sepenuhnya.

“ARMADA juga mahu mendapatkan penjelasan pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB),  Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada terdapat tekanan dikenakan atas mereka untuk bersetuju dengan penjualan saham MAHB ini kepada GIP-BlackRock.

“Adakah PNB, KWAP, KWSP telah membuat kajian dengan terperinci berkenaan harga jualan saham MAHB yang dipersetujui untuk dijual kepada GIP-BlackRock?” kata Zahin dalam klip video sidang media yang dimuat naik di Facebook Armada Bersatu Malaysia pada Khamis.

BlackRock dan GIP dalam kenyataan pada 1 Oktober lalu mengumumkan proses pemilikan tersebut sudah diselesaikan, di mana gabungan itu akan mewujudkan peneraju industri dalam infrastruktur merentas ekuiti, hutang dan penyelesaian.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis kepakaran dan pendedahan dalam sektor infrastruktur merentasi pasaran maju dan sedang pesat membangun.

Susulan pegangan saham itu, GIP akan dikenali sebagai sebahagian daripada BlackRock.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Kerajaan Madani berdepan kritikan beberapa pihak, termasuk Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan, yang menentang penyertaan BlackRock menerusi GIP, sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah dan KWSP bagi meningkatkan pegangan saham dalam MAHB.

Kritikan dan desakan supaya Kerajaan membatalkan kerjasama itu difahamkan bermula pada Mei 2024 dan ia kembali hangat pada Ogos lalu susulan kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *