Antarabangsa
Perancis, Jerman, Itali dan UK bimbang serangan Israel ke atas pangkalan UNIFIL
Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali dan United Kingdom (UK) mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan “kebimbangan mendalam berikutan serangan terkini tentera Israel ke atas pangkalan UNIFIL (Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan) yang mencederakan beberapa pasukan pengaman” di selatan Lubnan.
- Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali dan United Kingdom (UK) mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan “kebimbangan mendalam berikutan serangan terkini tentera Israel ke atas pangkalan UNIFIL (Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan) yang mencederakan beberapa pasukan pengaman” di selatan Lubnan.
- “Serangan ini mesti dihentikan segera. Kami mengutuk semua ancaman terhadap keselamatan UNIFIL,” kata menteri-menteri itu dipetik Al Jazeera pada Selasa.
- Kenyataan itu berbeza dengan kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang tidak menyebut Israel sebagai pihak yang melakukan serangan itu.
Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali dan United Kingdom (UK) mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan “kebimbangan mendalam berikutan serangan terkini tentera Israel ke atas pangkalan UNIFIL (Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan) yang mencederakan beberapa pasukan pengaman” di selatan Lubnan.
“Serangan ini mesti dihentikan segera. Kami mengutuk semua ancaman terhadap keselamatan UNIFIL,” kata menteri-menteri itu dipetik Al Jazeera pada Selasa.
Kenyataan itu berbeza dengan kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang tidak menyebut Israel sebagai pihak yang melakukan serangan itu.
Amerika Syarikat yang merupakan anggota UNSC sebelum ini menggunakan veto untuk menghalang kritikan terhadap Israel dalam badan yang mempunyai 15 anggota itu.
PBB melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah tiga posisi yang dikendalikan pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan.
UNIFIL terdiri daripada kira-kira 10,000 anggota pengaman dari 50 negara. — The Merdeka Times