Connect with us

Terkini

Pengikut GISBH yakin selamat alam kubur dibantu syafaat Abuya – Menteri Agama

Sesi temu bual bersama saksi ketika mereka berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISB Holdings (GISBH) menyaksikan kumpulan itu melakukan penyelewengan akidah, syariah dan akhlak, tasawuf atau muamalat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar..
  • Penyelewengan akidah yang dikenal pasti ialah mereka meyakini bakal munculnya Imam Mahdi, merujuk kepada Syeikh Suhaimi yang ghaib selama ini.
  • Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya Ashaari Muhammad yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti.
  • Semua ahli GISBH juga yakin akan selamat di alam kubur kerana dibantu syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan malaikat Munkar Nakir.

KUALA LUMPUR — Sesi temu bual bersama saksi ketika mereka berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISB Holdings (GISBH) menyaksikan kumpulan itu melakukan penyelewengan akidah, syariah dan akhlak, tasawuf atau muamalat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Katanya, penyelewengan akidah yang dikenal pasti ialah mereka meyakini bakal munculnya Imam Mahdi, merujuk kepada Syeikh Suhaimi yang ghaib selama ini.

Selain itu, katanya, Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya Ashaari Muhammad yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti.

Semua ahli GISBH juga yakin akan selamat di alam kubur kerana dibantu syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan malaikat Munkar Nakir.

“Mengenai penyelewengan syariah, jemaah didoktrin untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya tetapi kepemimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik serta melaksanakan solat jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat.

“Amalan bertabarruk iaitu mengharapkan berkat daripada Allah SWT dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain digunakan pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan serta bekas pimpinan.

“Pasangan yang ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali akad perkahwinan, masing-masing akad perkahwinan syarie diakadkan pemimpin berwakilkan wali dan akad perkahwinan secara perundangan oleh pendaftar nikah atau imam dilantik Jabatan Agama Islam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, anak perempuan Ashaari, Khaulah Ashaari, menegaskan GISBH tidak lagi mengikut amalan al-Arqam yang telah diisytihar sesat.

Khaulah yang merupakan pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH turut menjelaskan dalam sidang media bahawa ahli kumpulan tersebut tidak mengamalkan fahaman Aurad Muhammadiyah. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *