Terkini
Libatkan ‘pihak di lapangan’ untuk gubal silibus Islamofobia IPT
Badan penggubal silibus mengenai Islamofobia perlu ditubuhkan membabitkan mereka berada di lapangan yang pernah menerima dan menyelesaikan aduan berkenaan isu itu di negara ini.
- Badan penggubal silibus mengenai Islamofobia perlu ditubuhkan membabitkan mereka berada di lapangan yang pernah menerima dan menyelesaikan aduan berkenaan isu itu di negara ini.
- “Saya mencadangkan agar ada satu badan penggubal dalam silibus Islamofobia ini terutama daripada mereka yang bergelumang dengan advokasi sebab bagi saya Islamofobia ini bukan teori dia mestilah daripada pihak yang memang telah pun berada di lapangan menerima aduan dan menyelesaikan aduan-aduan berkenaan Islamofobia.
- “Contoh NGO-NGO yang telah pun turun padang dan menangani isu larangan berhijab, menghubungi ataupun menyelesaikan masalah majikan berkenaan isu larangan solat Jumaat, isu tak boleh puasa dan sebagainya so silibus berkenaan Islamofobia ini mestilah orang kata hidup dan berdasarkan para aktivis yang memperjuangkannya di lapangan,” kata Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang usaha kerajaan yang dilaporkan dalam peringkat awal membangunkan silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi IPT.
KUALA LUMPUR — Badan penggubal silibus mengenai Islamofobia perlu ditubuhkan membabitkan mereka berada di lapangan yang pernah menerima dan menyelesaikan aduan berkenaan isu itu di negara ini.
Itu antara cadangan diutarakan Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar susulan usaha kerajaan membangunkan silibus mengenai Islamofobia bagi institusi pengajian tinggi (IPT) sepertimana diumumkan Timbalan Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan, baru-baru ini.
“Saya mencadangkan agar ada satu badan penggubal dalam silibus Islamofobia ini, terutama daripada mereka yang bergelumang dengan advokasi sebab bagi saya Islamofobia ini bukan teori dia mestilah daripada pihak yang memang telah pun berada di lapangan menerima aduan dan menyelesaikan aduan-aduan berkenaan Islamofobia.
“Contoh NGO-NGO yang telah pun turun padang dan menangani isu larangan berhijab, menghubungi ataupun menyelesaikan masalah majikan berkenaan isu larangan solat Jumaat, isu tak boleh puasa dan sebagainya so silibus berkenaan Islamofobia ini mestilah orang kata hidup dan berdasarkan para aktivis yang memperjuangkannya di lapangan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang usaha kerajaan yang dilaporkan dalam peringkat awal membangunkan silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi IPT.
Dr Zulkifli tidak menyatakan lebih lanjut isi kandungan silibus itu, namun beliau dilaporkan berkata silibus tersebut sedang diteliti kementerian pendidikan tinggi yang turut mengadakan perbincangan dengan beberapa universiti luar negara yang menawarkan kursus sedemikian.
Mengalu-alukan usaha kerajaan itu, Rafidah mencadangkan supaya topik dalam silibus tersebut dikategorikan kepada beberapa perkara seperti mana dilakukan MACSA yang pernah menerbitkan satu laporan Islamofobia di Malaysia untuk tahun 2017 hingga 2020.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) berkata, antara topik diketengahkan dalam laporan itu adalah berkenaan Islamofobia dalam media, sektor pendidikan, tempat kerja dan Islamofobia yang dipolitikkan sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan dan Islamofobia dalam kalangan mualaf.
MACSA sebelum ini dilaporkan pernah membangkitkan isu Islamofobia dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Malaysia yang berlangsung di Geneva pada 25 Januari 2024.
Rafidah berkata ia dibangkitkan supaya masyarakat antarabangsa mengetahui bahawa Islamofobia berlaku di semua tempat dan bukan sahaja membabitkan negara yang penganut Islamnya adalah minoriti, tetapi juga dalam negara yang kelompok Muslim adalah majoriti seperti Malaysia. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/