Connect with us

Terkini

Islamofobia, sekatan media isu Palestin antara tumpuan delegasi MACSA di Geneva

Islamofobia antara isu utama akan dibawa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Malaysia yang akan berlangsung di Geneva pada 25 Januari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Islamofobia, sekatan media isu Palestin antara tumpuan delegasi MACSA di Geneva
Foto: Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar. (kiri) & Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias (kanan).
  • Islamofobia antara isu utama yang akan dibawa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Malaysia yang akan berlangsung di Geneva pada 25 Januari ini.
  • MACSA dalam kenyataan hari ini berkata, ia juga akan membangkitkan isu sekatan bersuara membabitkan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya berhubung isu Palestin. 
  • “Bagi proses UPR kali keempat ke atas Malaysia ini, MACSA telah menggabungkan 13 laporan individu pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan akan membawa 66 syor di bawah tujuh isu utama hak asasi di dalam laporan proses UPR Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
  • “MACSA juga membangkitkan isu hak masyarakat dipinggirkan (daripada pembangunan ekonomi, budaya dan sosial) yang terdiri antara lain daripada orang tidak bernegara (stateless), pelarian (refugee) dan hak beragama bagi komuniti LGBT,” kata MACSA hari ini.
  • Kenyataan bersama MACSA itu dikeluarkan Pengasas Malaysian Lawyers’ Circle (MLC) merangkap Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias dan Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) merangkap Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

KUALA LUMPUR — Islamofobia antara isu utama akan dibawa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Malaysia yang akan berlangsung di Geneva pada 25 Januari ini.

MACSA dalam kenyataan hari ini berkata, ia juga akan membangkitkan isu sekatan bersuara membabitkan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya berhubung isu Palestin. 

Kenyataan itu berkata MACSA mengambil peluang untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat yang memveto usul dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) menuntut gencatan senjata dilakukan di Gaza.

“Bagi proses UPR kali keempat ke atas Malaysia ini, MACSA telah menggabungkan 13 laporan individu pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan akan membawa 66 syor di bawah tujuh isu utama hak asasi di dalam laporan proses UPR Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Isu Islamofobia kali ini telah menjadi keutamaan MACSA dalam laporan yang dikemukakan kepada organisasi PBB ini. 

“MACSA juga membangkitkan isu hak masyarakat dipinggirkan (daripada pembangunan ekonomi, budaya dan sosial) yang terdiri antara lain daripada orang tidak bernegara (stateless), pelarian (refugee) dan hak beragama bagi komuniti LGBT. 

“Selain itu laporan MACSA turut menyentuh isu keganasan domestik, eksploitasi kanak-kanak dan diskriminasi ke atas muslim,” kata MACSA hari ini.

Kenyataan bersama MACSA itu dikeluarkan Pengasas Malaysian Lawyers’ Circle (MLC) merangkap Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias dan Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) merangkap Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Seramai lapan individu diketuai Lukman akan mengikuti delegasi berkenaan iaitu Dr Rafidah Hanim, Profesor Dr Mohd Afandi Saleh, Profesor Madya Dr Siti Zubaidah Ismail, Fatihah Iliani Jamhari, Wan Roslili Majid, Nur Farihah Meor Mazli dan Ku Amirul Faiz Ku Seman.

MACSA berkata pihaknya sentiasa memantau isu-isu hak asasi terutama melibatkan umat Islam, termasuk isu larangan bertudung, larangan solat Jumaat, kesukaran membina surau dan masjid khususnya di Sabah dan Sarawak serta isu pendidikan kanak-kanak tidak bernegara.

Mereka berharap kerajaan akan mengambil kira syor-syor dicadangkan dalam laporan UPR MACSA bagi meningkatkan tahap hak asasi manusia di Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending