Connect with us

Terkini

KDN kaji sama ada pindaan Akta Hasutan perlu dibuat

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan satu kajian bagi menilai sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu dibuat supaya seiring peredaran masa bagi menangani isu pelanggaran elemen 3R (Race, Royalty dan Religion).
  • Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, libat urus telah dilaksanakan bersama pemegang taruh.
  • Perkara itu sedang diperhalusi di peringkat Kementerian dan akan dibentangkan ke Jemaah Menteri untuk persetujuan dalam masa terdekat.
  • Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin bagi menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji keperluan untuk memansuhkan akta-akta zalim seperti mana dijanjikan dalam Manifesto PRU-15 Pakatan Harapan misalnya Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang terus diguna pakai hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan satu kajian bagi menilai sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu dibuat supaya seiring peredaran masa bagi menangani isu pelanggaran elemen 3R (Race, Royalty dan Religion).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, libat urus telah dilaksanakan bersama pemegang taruh.

Saifuddin berkata perkara itu sedang diperhalusi di peringkat Kementerian dan akan dibentangkan ke Jemaah Menteri untuk persetujuan dalam masa terdekat.

“Bagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ianya merupakan akta di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi.

“Pindaan berhubung akta tersebut sedang diperhalusi oleh Kementerian Komunikasi sebagai langkah memperbaiki aspek keselamatan dan rangkaian susulan peningkatan penggunaan dan kebergantungan orang ramai terhadap perkhidmatan digital,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji keperluan untuk memansuhkan akta-akta zalim seperti mana dijanjikan dalam Manifesto PRU-15 Pakatan Harapan misalnya Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang terus diguna pakai hari ini.

Dalam pada itu,  Saifuddin berkata berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes 3R yang disiasat di seluruh negara bagi 2022 sehingga 30 September 2024 adalah 506 kes.

“Dari jumlah tersebut, sebanyak 42 kes telah dituduh di Mahkamah,” katanya menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas] yang ingin mengetahui jumlah kes 3R yang disiasat dan didakwa di seluruh negara dalam tempoh bermula Disember 2022 sehingga September 2024. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *