Connect with us

Terkini

Firdaus Wong belum terima dokumen perintah mahkamah, tetapi akan tetap lawan!

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau belum menerima sebarang dokumen perintah mahkamah berkaitan arahan yang meminta beliau memadamkan video TikTok yang didakwa mengandungi cara mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau belum menerima sebarang dokumen perintah mahkamah berkaitan arahan yang meminta beliau memadamkan video TikTok yang didakwa mengandungi cara mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.
  • “Saya akan tunggu serahan dokumen perintah mahkamah dan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya tetapi yang pasti, kita akan lawan!,” katanya menerusi hantaran di sosial media hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Mahkamah arah Firdaus padam video ajar remaja tukar agama rahsia’.

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau belum menerima sebarang dokumen perintah mahkamah berkaitan arahan yang meminta beliau memadamkan video TikTok yang didakwa mengandungi cara mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.

Firdaus Wong yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata beliau akan tetap melawan dalam kes terbabit dan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau turut menyifatkan apa dilaluinya ketika ini hanyalah “harga yang sedikit untuk sebuah perjuangan”.

Foto: Tangkap layar ‘status’ WhatsApp Firdaus Wong yang dibuat hari ini.

“Saya akan tunggu serahan dokumen perintah mahkamah dan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya tetapi yang pasti, kita akan lawan!

“(memetik surah Al-Anfaal ayat 60) “Sediakanlah untuk menentang mereka dengan semua jenis kekuatan yang termampu daripada pasukan berkuda yang diikat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.”,” katanya menerusi hantaran di sosial media hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Mahkamah arah Firdaus padam video ajar remaja tukar agama rahsia’.

Laporan artikel bertarikh hari ini itu antara lain menyatakan beberapa ibu bapa memperoleh perintah sementara daripada mahkamah mengarahkan Firdaus Wong memadam video TikTok yang didakwa mengandungi nasihat berhubung penukaran agama rahsia melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dilaporkan membenarkan permohonan lapan plaintif untuk perintah injunksi ex-parte (proses tanpa kehadiran defendan) bagi mengekalkan status quo dalam saman yang sedang berjalan.

Peguam pihak ibu bapa, M Visvanathan dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihaknya kini sedang dalam proses menyerahkan salinan perintah sekatan berkenaan kepada Firdaus hari ini.

Pada Jun lalu, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), menggesa kerajaan bertindak terhadap pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *