Connect with us

Antarabangsa

AS beri amaran kepada Iran tidak serang Israel

Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Iran di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu agar tidak menyasarkan mereka (AS) atau Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Iran di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu agar tidak menyasarkan mereka (AS) atau Israel.
  • Perkara itu dinyatakan ketika Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata “kitaran keganasan balas dendam mematikan mesti dihentikan” di Timur Tengah.
  • “Biar saya jelaskan: Rejim Iran akan dipertanggungjawabkan atas tindakannya. Dan kami memberi amaran keras terhadap Iran – atau proksi mereka – daripada mengambil tindakan terhadap AS atau tindakan lanjut terhadap Israel,” kata Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield kepada Majlis Keselamatan PBB.
  • Majlis Keselamatan yang terdiri daripada 15 anggota itu bermesyuarat selepas Israel membunuh pemimpin Hizbullah di Lubnan dan memulakan serangan darat terhadap kumpulan itu, sementara Iran menyerang Israel dalam serangan yang menimbulkan kebimbangan tercetusnya peperangan lebih meluas di Timur Tengah.

Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Iran di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu agar tidak menyasarkan mereka (AS) atau Israel.

Perkara itu dinyatakan ketika Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata “kitaran keganasan balas dendam mematikan mesti dihentikan” di Timur Tengah.

“Masa semakin suntuk,” kata Guterres kepada Majlis Keselamatan dipetik Middle East Monitor pada Rabu.

Majlis Keselamatan yang terdiri daripada 15 anggota itu bermesyuarat selepas Israel membunuh pemimpin Hizbullah di Lubnan dan memulakan serangan darat terhadap kumpulan itu, sementara Iran menyerang Israel dalam serangan yang menimbulkan kebimbangan tercetusnya peperangan lebih meluas di Timur Tengah.

“Tindakan kami bersifat defensif,” kata Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield kepada Majlis Keselamatan PBB.

“Biar saya jelaskan: Rejim Iran akan dipertanggungjawabkan atas tindakannya. Dan kami memberi amaran keras terhadap Iran – atau proksi mereka – daripada mengambil tindakan terhadap AS atau tindakan lanjut terhadap Israel,” katanya. 

Dalam surat kepada Majlis Keselamatan pada Selasa, Iran berhujah serangannya ke atas Israel sebagai tindakan mempertahankan diri di bawah Artikel 51 Piagam PBB, dengan memetik “tindakan agresif” Israel, termasuk pelanggaran kedaulatan Iran. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *