Antarabangsa
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Kuwait pada Khamis mengisytiharkan berkecuali dalam konflik Iran-Israel.
- Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Kuwait pada Khamis mengisytiharkan berkecuali dalam konflik Iran-Israel.
- Negara-negara Arab Teluk itu juga tidak akan membenarkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan udara mereka untuk menyerang Iran, lapor BRICS News dalam hantaran di platform X.
- Iran melancarkan serangan terbesar mereka ke atas Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin kanan Hamas dan Hizbullah oleh Israel serta operasi rejim Israel di Gaza dan Lubnan.
- Tehran menyatakan serangan mereka telah berakhir kecuali berlakunya provokasi lanjut dengan Israel dilaporkan berikrar untuk memberi balasan keras.
Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Kuwait pada Khamis mengisytiharkan berkecuali dalam konflik Iran-Israel.
Negara-negara Arab Teluk itu juga tidak akan membenarkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan udara mereka untuk menyerang Iran, lapor BRICS News dalam hantaran di platform X.
Reuters dengan memetik dua sumber pula melaporkan negara Arab Teluk terbabit berusaha meyakinkan Iran sikap berkecuali itu dalam mesyuarat di Doha minggu ini susulan kebimbangan peningkatan keganasan meluas yang boleh mengancam fasiliti minyak mereka.
Menteri-menteri dari negara Arab Teluk dan Iran yang hadir dalam mesyuarat negara-negara Asia dihoskan Qatar memfokuskan perbincangan mereka kepada usaha pengurangan ketegangan, kata sumber.
Iran melancarkan serangan terbesar mereka ke atas Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin kanan Hamas dan Hizbullah oleh Israel serta operasi rejim Israel di Gaza dan Lubnan.
Tehran menyatakan serangan mereka telah berakhir kecuali berlakunya provokasi lanjut dengan Israel dilaporkan berikrar untuk memberi balasan keras.
Memetik pegawai Israel, laman web berita AS, Axios melaporkan pada Rabu bahawa Israel mungkin menyasarkan kemudahan pengeluaran minyak Iran sebagai tindak balas.
Kementerian Luar Qatar, Iran, UAE, Kuwait dan pejabat komunikasi kerajaan Arab Saudi bagaimanapun tidak segera memberi komen berhubung perkara itu. — The Merdeka Times