Antarabangsa
Ahli politik Israel korbankan nyawa awam untuk kekal berkuasa — Anwar
Tindakan ahli politik Israel mengorbankan nyawa masyarakat awam yang tidak bersalah adalah semata-mata untuk kekal berkuasa dan mengelak dipenjarakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Tindakan ahli politik Israel mengorbankan nyawa masyarakat awam yang tidak bersalah adalah semata-mata untuk kekal berkuasa dan mengelak dipenjarakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri dalam kenyataannya di platform X hari ini berkata, pencerobohan Israel ke atas Lubnan, Syria dan Yaman bertujuan mengalihkan perhatian masyarakat global daripada kekejaman dan genosid rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
- “Pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah usaha sengaja untuk mengalih perhatian masyarakat global daripada kekejaman brutal dan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
- “Peningkatan ini jelas bertujuan untuk memastikan pemimpin politik Israel yang sedang berkuasa kekal di tampuk pemerintahan dan terhindar daripada hukuman penjara dengan mengorbankan nyawa orang tidak berdosa demi kepentingan politik seseorang,” kata Anwar.
- Perdana Menteri turut menggesa kitaran tindakan dan reaksi ini dihentikan supaya ia tidak melibatkan lebih ramai pihak ke dalam konflik yang berpotensi memberi impak kemusnahan pada skala besar.
KUALA LUMPUR – Tindakan ahli politik Israel mengorbankan nyawa masyarakat awam yang tidak bersalah adalah semata-mata untuk kekal berkuasa dan mengelak dipenjarakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri dalam kenyataannya di platform X hari ini berkata, pencerobohan Israel ke atas Lubnan, Syria dan Yaman bertujuan mengalihkan perhatian masyarakat global daripada kekejaman dan genosid rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
“Pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah usaha sengaja untuk mengalih perhatian masyarakat global daripada kekejaman brutal dan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
“Peningkatan ini jelas bertujuan untuk memastikan pemimpin politik Israel yang sedang berkuasa kekal di tampuk pemerintahan dan terhindar daripada hukuman penjara dengan mengorbankan nyawa orang tidak berdosa demi kepentingan politik seseorang,” kata Anwar.
Perdana Menteri turut menggesa kitaran tindakan dan reaksi ini dihentikan supaya ia tidak melibatkan lebih ramai pihak ke dalam konflik yang berpotensi memberi impak kemusnahan pada skala besar.
“Kita mesti segera menghalang kitaran tindakan dan tindak balas yang berbahaya ini, yang mengancam untuk melibatkan lebih banyak pihak dalam konflik, memperdalamkan lagi ketidakstabilan dan memperluaskan skala kemusnahan.
“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk segera mengambil tindakan bagi mengurangkan permusuhan dan mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk mencegah tercetusnya konflik serantau yang lebih meluas,” kata Anwar susulan ketegangan memuncak di Timur Tengah.
Iran dilaporkan melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel yang sebelum ini menyerang sekutu Iran, Lubnan.
Rejim zionis Israel juga menyerang dan mengebom Yaman dan Syria selain meneruskan pembunuhan beramai-ramai ke atas warga Palestin di wilayah konflik Gaza. — The Merdeka Times