Antarabangsa
Pelajar diajar kononnya LGBT sering ditindas dan dibunuh di Scotland
Sebuah sekolah di Edinburgh, Scotland dikecam selepas pelajarnya diajar dan dimaklumkan kononnya ramai transgender dibunuh “hanya kerana cuba menjadi diri mereka sendiri”.
- Sebuah sekolah di Edinburgh, Scotland dikecam selepas pelajarnya diajar dan dimaklumkan kononnya ramai transgender dibunuh “hanya kerana cuba menjadi diri mereka sendiri”.
- Sebuah sekolah terkenal negeri di bawah skim dikendalikan badan amal LGBT Youth Scotland mengajar pelajar bahawa ‘transgender’ sering dianiaya dan dibunuh hanya kerana menjadi diri mereka sendiri’, demikian menurut laporan The Telegraph dipetik The Daily Mail pada Selasa.
- Ibu bapa di sekolah itu memberitahu akhbar tersebut bahawa guru-guru bertindak mengukuhkan ‘mitos’ aktivis hak transgender yang mendakwa berlakunya “genosid” ke atas golongan songsang itu.
- Mereka menuduh sekolah itu mempengaruhi murid-murid dengan mengajar mereka “propaganda dan maklumat salah” serta mendidik anak-anak mempercayai perkara yang tidak benar.
- Tiada insiden pembunuhan individu transgender di Scotland direkodkan, manakala data dikumpulkan Channel 4 pada 2018 menunjukkan kadar pembunuhan transgender lebih rendah berbanding purata di United Kingdom (UK).
Sebuah sekolah di Edinburgh, Scotland dikecam selepas pelajarnya diajar dan dimaklumkan kononnya ramai transgender dibunuh “hanya kerana cuba menjadi diri mereka sendiri”.
Sebuah sekolah terkenal negeri di bawah skim dikendalikan badan amal LGBT Youth Scotland mengajar pelajar bahawa ‘transgender’ sering dianiaya dan dibunuh hanya kerana menjadi diri mereka sendiri’, demikian menurut laporan The Telegraph dipetik The Daily Mail pada Selasa.
Ibu bapa di sekolah itu memberitahu akhbar tersebut bahawa guru-guru bertindak mengukuhkan ‘mitos’ aktivis hak transgender yang mendakwa berlakunya “genosid” ke atas golongan songsang itu.
Mereka menuduh sekolah itu mempengaruhi murid-murid dengan mengajar mereka “propaganda dan maklumat salah” serta mendidik anak-anak mempercayai perkara yang tidak benar.
Tiada insiden pembunuhan individu transgender di Scotland direkodkan, manakala data dikumpulkan Channel 4 pada 2018 menunjukkan kadar pembunuhan transgender lebih rendah berbanding purata di United Kingdom (UK).
Sekolah itu juga termasuk dalam skim piagam dikendalikan LGBT Youth Scotland yang sebelum ini menggalakkan guru besar membina tandas jantina neutral dan penandaan Hari Peringatan Transgender dalam kalendar.
Terdapat banyak bendera LGBT dan kata ganti nama digunakan di sekolah di sekitar Scotland yang memualkan ramai ibu bapa dan murid. – The Merdeka Times