Connect with us

Terkini

KKM sahkan satu kes positif mpox babitkan lelaki warganegara

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM) mengesahkan satu kes positif cacar monyet atau ‘monkeypox’ (Mpox) Clade II dikesan semalam, menjadikan semua 10 kes bermula 26 Julai lalu hanya membabitkan Clade ll saja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  •  Kementerian Kesihatan Malaysia KKM) mengesahkan satu kes positif cacar monyet atau ‘monkeypox’ (Mpox) Clade II dikesan semalam, menjadikan semua 10 kes bermula 26 Julai lalu hanya membabitkan Clade ll saja.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata pesakit Mpox itu membabitkan seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu, manakala ruam pula mula muncul sehari selepas itu.
  • “Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi, dan berada dalam keadaan yang stabil.
  • “Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenalpasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia KKM) mengesahkan satu kes positif cacar monyet atau ‘monkeypox’ (Mpox) Clade II dikesan semalam, menjadikan semua 10 kes bermula 26 Julai lalu hanya membabitkan Clade ll saja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata pesakit Mpox itu membabitkan seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu, manakala ruam pula mula muncul sehari selepas itu.

“Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi, dan berada dalam keadaan yang stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenalpasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Mpox diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern – PHEIC) buat kali kedua pada 14 Ogos lalu berikutan penularan clade lb yang lebih pantas di Republik Demokratik Congo (DRC) dan negara-negara jiran di rantau Afrika.

Susulan itu, KKM mengaktifkan Bilik Gerakan mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos lalu untuk memantau situasi mpox dan menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *