Connect with us

Antarabangsa

Israel hantar 88 mayat reput tanpa nama ke Gaza

Kementerian Kesihatan Gaza menolak untuk menerima sebuah kontena yang membawa mayat 88 rakyat Palestin dihantar dari Israel tanpa adanya koordinasi atau maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai identiti mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Gaza menolak untuk menerima sebuah kontena yang membawa mayat 88 rakyat Palestin dihantar dari Israel tanpa adanya koordinasi atau maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai identiti mereka.
  • Proses penerimaan kontena itu digantung sehingga Israel menyediakan data lengkap nama-nama mangsa, waktu kematian dan lokasi di mana mereka diambil, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram pada Rabu dipetik Al Jazeera.
  • Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan penghantaran mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu sebagai “tindakan tidak berperikemanusiaan dan jenayah”.
  • Dalam laporan dari Deir el-Balah di tengah Gaza, wartawan Al Jazeera  Tareq Abu Azzoum berkata, “mayat-mayat itu tidak dapat dikenal pasti kerana kebanyakannya reput”.
  • “Tiada maklumat tentang nama, jantina dan lokasi di mana mereka telah diculik. Keadaan (bagaimana) mereka diculik dari jalur Gaza juga tidak jelas,” kata Tareq.

Kementerian Kesihatan Gaza menolak untuk menerima sebuah kontena yang membawa mayat 88 rakyat Palestin dihantar dari Israel tanpa adanya koordinasi atau maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai identiti mereka.

Proses penerimaan kontena itu digantung sehingga Israel menyediakan data lengkap nama-nama mangsa, waktu kematian dan lokasi di mana mereka diambil, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram pada Rabu dipetik Al Jazeera.

Ini adalah “hak minimum bagi orang-orang ini dan keluarga mereka,” kata kenyataan itu.

Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan penghantaran mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu sebagai “tindakan tidak berperikemanusiaan dan jenayah”.

Dalam laporan dari Deir el-Balah di tengah Gaza, wartawan Al Jazeera  Tareq Abu Azzoum berkata, “mayat-mayat itu tidak dapat dikenal pasti kerana kebanyakannya telah reput”.

“Ada tanda-tanda bahawa mayat-mayat itu berada di Israel untuk tempoh yang lama.

“Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa tentera Israel dengan sengaja menyembunyikan identiti rakyat Palestin ini.

“Tiada maklumat tentang nama, jantina dan lokasi di mana mereka telah diculik. Keadaan (bagaimana) mereka diculik dari jalur Gaza juga tidak jelas,” kata Tareq. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *