Antarabangsa
Israel bingung Yahya Sinwar ‘hilang’
Satu laporan belum disahkan menyatakan pemimpin utama Hamas, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel.
- Satu laporan belum disahkan menyatakan pemimpin utama Hamas, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel.
- Dakwaan itu dilaporkan badan penyiaran Israel Kan yang menyatakan pemimpin kumpulan Palestin itu terbunuh dalam serangan udara IOF (Pasukan Pendudukan Israel) di Gaza, namun butiran lokasi dan masa insiden tersebut berlaku tidak jelas, lapor Daily Mail pada Ahad.
- Wartawan Israel, Ben Caspit memetik sumber berkata, “terdapat juga situasi sebelum ini di mana dia hilang dan kami menyangka dia sudah mati, tetapi kemudiannya dia muncul semula”.
- Wartawan Israel, Barak Ravid bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menulis di X bahawa “Israel tidak mempunyai maklumat risikan yang menunjukkan Yahya Sinwar sudah mati”.
- Media Israel melaporkan komuniti perisikan berbelah bahagi sama ada ketua Hamas itu benar-benar mati atau sebaliknya.
Satu laporan belum disahkan menyatakan pemimpin utama Hamas, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel.
Dakwaan itu dilaporkan badan penyiaran Israel Kan yang menyatakan pemimpin kumpulan Palestin itu terbunuh dalam serangan udara IOF (Pasukan Pendudukan Israel) di Gaza, namun butiran lokasi dan masa insiden tersebut berlaku tidak jelas, lapor Daily Mail pada Ahad.
Wartawan Israel, Ben Caspit memetik sumber berkata, “terdapat juga situasi sebelum ini di mana dia hilang dan kami menyangka dia sudah mati, tetapi kemudiannya dia muncul semula”.
Media Israel melaporkan komuniti perisikan berbelah bahagi sama ada ketua Hamas itu benar-benar mati atau sebaliknya.
Wartawan Israel, Barak Ravid menafikan dakwaan itu dengan menulis di X bahawa “Israel tidak mempunyai maklumat risikan yang menunjukkan Yahya Sinwar sudah mati”.
“Ini hanyalah harapan dan tekaan berdasarkan fakta bahawa Sinwar terputus hubungan selama beberapa minggu,” kata Ravid memetik seorang pegawai kanan Israel.
The Jerusalem Post juga melaporkan tiada sumber yang merujuk kepada operasi pembunuhan tertentu dijalankan IOF untuk membunuh pemimpin Hamas itu sambil menambah “satu sumber terkemuka menolak kemungkinan itu”.
Akhbar itu berkata IOF tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan itu, manakala laman berita Walla berkata agensi perisikan Shin Bet menolak laporan itu dan percaya Sinwar masih hidup. – The Merdeka Times