Connect with us

Terkini

Gubal APSB dengan teliti, Elak penganiayaan pemilik tanah terutama miskin bandar – NGO

Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) dicadangkan Kerajaan Madani perlu digubal dengan berhati-hati supaya ia tidak mengutamakan pemaju dan memastikan penganiayaan, terutama kepada pemilik tanah, tidak akan berlaku.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia, Profesor Dr Ismail Omar (kanan).
  • Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) dicadangkan Kerajaan Madani perlu digubal dengan berhati-hati supaya ia tidak mengutamakan pemaju dan memastikan penganiayaan, terutama kepada pemilik tanah, tidak akan berlaku.
  • Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia, Profesor Dr Ismail Omar berkata akta-akta berkaitan lain juga perlu dipinda dengan teliti supaya pemilik Melayu yang juga miskin bandar tidak ‘dipaksa’ keluar ke pinggir bandar.
  • “Mereka akan merempat. Hilang kuasa politik. Wang pampasan hilang. Rumah pun melayang. Paling buruk mereka akan menjadi peminta sedekah di negara sendiri,” katanya kepada The Merdeka Times pada Khamis.
  • Beliau menjawab pertanyaan berkenaan apakah kesan besar perlu ditanggung penduduk sekiranya akta itu dikuatkuasakan dan cadangan penambahbaikan atau solusi dalam isu berkenaan.
  • Ia diajukan susulan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 10 September lalu dilaporkan, bersetuju menggubal akta itu yang dikatakan akan mengutamakan hak pemilik asal dan memastikan kelestarian dalam pembangunan bandar.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata kadar perbandaran Malaysia sudah mencecah 75 peratus dan ia memberi tekanan terhadap risiko keusangan dan kemerosotan struktur bandar, justeru dengan penggubalan akta tersebut, pembangunan bandar dapat dipastikan adalah mampan dan selamat didiami.
  • Mengulas kadar ambang persetujuan dicadangkan untuk diturunkan daripada 100 peratus kepada sehingga 51 peratus, Ismail mengingatkan supaya akta itu perlu memenuhi keperluan semua pemegang taruh kerana bukan hanya pemaju perlu ‘dibelai’.

KUALA LUMPUR — Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) dicadangkan Kerajaan Madani perlu digubal dengan berhati-hati supaya ia tidak mengutamakan pemaju dan memastikan penganiayaan, terutama kepada pemilik tanah, tidak akan berlaku.

Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia, Profesor Dr Ismail Omar berkata akta-akta berkaitan lain juga perlu dipinda dengan teliti supaya pemilik Melayu yang juga miskin bandar tidak ‘dipaksa’ keluar ke pinggir bandar.

“Mereka akan merempat. Hilang kuasa politik. Wang pampasan hilang. Rumah pun melayang. Paling buruk mereka akan menjadi peminta sedekah di negara sendiri,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berkenaan apakah kesan besar perlu ditanggung penduduk sekiranya Akta Pembaharuan Semula Bandar  dikuatkuasakan dan cadangan penambahbaikan atau solusi dalam isu berkenaan.

Ia diajukan susulan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 10 September lalu dilaporkan bersetuju menggubal akta itu yang dikatakan akan mengutamakan hak pemilik asal dan memastikan kelestarian dalam pembangunan bandar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata kadar perbandaran Malaysia sudah mencecah 75 peratus dan ia memberi tekanan terhadap risiko keusangan dan kemerosotan struktur bandar, justeru dengan penggubalan akta tersebut, pembangunan bandar dapat dipastikan adalah mampan dan selamat didiami.

Kor Ming berkata tanpa penggubalan akta itu, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan sepenuhnya daripada penduduk jika ingin membangunkan semula sebuah bangunan yang usang dan daif.

Mengulas kadar ambang persetujuan dicadangkan untuk diturunkan daripada 100 peratus kepada sehingga 51 peratus, Ismail mengingatkan supaya akta itu perlu memenuhi keperluan semua pemegang taruh kerana bukan hanya pemaju perlu ‘dibelai’.

“APSB perlu memenuhi keperluan semua pemegang taruh, baharulah semua berpuas hati dan pembaharuan bandar boleh dijalankan dengan situasi menang-menang… bukan pemaju sahaja yang perlu dijaga dan dibelai.

“Jadi, panel pemilik yang tidak menafikan pemaju Bumiputera hendaklah diwujudkan… Begitu juga dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, dengan kos pembangunan berbilion, cukai juga jutaan ringgit… Pemilik juga mengharapkan proses dan prosedur pengambilan tanah yang adil dan saksama.

“Oleh itu, Jadual Pertama dan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 amat perlu dipinda dan diharmonikan… Belajarlah daripada kesilapan lalu… Jikalau pemilik bertindih yang ramai diambil tanah mereka dengan bayaran pampasan yang rendah sudah tentu mereka tidak dapat memberi rumah rumah baharu yang lebih mahal dan akhirnya, mereka terpaksa berpindah ke luar atau pinggir bandar.

“Akhirnya orang Melayu kehilangan kuasa politik di bandar-bandar… Inilah yang terjadi di Sungai Baru, Kerinci, Abdullah Hukum dan Gelang Patah dan sebagainya,” kata Ismail.

Menjawab pertanyaan sama ada negara ini benar-benar memerlukan undang-undang sedemikian untuk memastikan kawasan bandar selamat dan terjamin untuk didiami, Ismail berkata akta terbabit sebenarnya bukan satu-satunya jalan penyelesaian terbaik yang perlu digubal untuk pembaharuan bandar.

Beliau berkata banyak akta lain yang boleh diperkasakan dan dipinda seperti Akta Strata boleh dipinda untuk mengelakkan peratusan ambang yang rakus, Akta Pengambilan Tanah boleh dipinda supaya lebih adil lagi saksama begitu juga dengan Kanun Tanah Negara dan Akta Perancangan Bandar dan Desa. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *