Antarabangsa
“Gaza, Jenin, Tulkarm, Nablus. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian” – Penyokong Celtic
Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin dalam menghadapi hampir setahun serangan Israel ke atas Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
- Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin dalam menghadapi hampir setahun serangan Israel ke atas Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
- Peminat pasukan Scotland mempamerkan sepanduk pro-Palestin semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Glasgow menentang Slovan Bratislava pada Rabu malam.
- “Mereka boleh menindas anda, mereka boleh memenjarakan anda, tetapi mereka tidak akan mematahkan semangat anda. Gaza, Jenin, Tulkarm, Nablus. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian,” kata sepanduk penyokong Celtic dipamerkan di Celtic Park.
- Penyokong Celtic juga mengibarkan bendera Palestin untuk menunjukkan pendirian mereka menentang serangan Israel ke atas Palestin.
- Israel telah membunuh lebih 41,000 warga Palestin di Gaza, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 95,500 sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin dalam menghadapi hampir setahun serangan Israel ke atas Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
Peminat pasukan Scotland mempamerkan sepanduk pro-Palestin semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Glasgow menentang Slovan Bratislava pada Rabu malam.
“Mereka boleh menindas anda, mereka boleh memenjarakan anda, tetapi mereka tidak akan mematahkan semangat anda. Gaza, Jenin, Tulkarm, Nablus. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian,” kata sepanduk penyokong Celtic dipamerkan di Celtic Park.
Penyokong Celtic juga mengibarkan bendera Palestin untuk menunjukkan pendirian mereka menentang serangan rejim Israel ke atas Palestin.
Celtic kendalian Brendan Rodgers menewaskan Slovan Bratislava 5-1 dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara, permulaan cemerlang dalam pertandingan kelab peringkat teratas Eropah.
Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera, rejim zionis Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza sejak serangan balas Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Kumpulan pejuang Palestin berpangkalan di Gaza itu dilaporkan melakukan serangan rentas sempadan pada tarikh itu ekoran penindasan berterusan rejim ke atas Palestin sejak 1948 dan ‘pencemaran’ ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Israel telah membunuh lebih 41,000 warga Palestin di Gaza, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 95,500 sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Ia juga berdepan tuduhan melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin di Gaza di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – The Merdeka Times