Antarabangsa
Gay, biseksual dan trans berisiko lebih tinggi alami nyanyuk – Pakar Psikologi
Golongan LGBTQ+ lebih berisiko tinggi mengalami demensia (penyakit nyanyuk) dan kemurungan berbanding rakan-rakan heteroseksual (kecenderungan seks normal) mereka, demikian menurut kajian.
- Golongan LGBTQ+ lebih berisiko tinggi mengalami demensia (penyakit nyanyuk) dan kemurungan berbanding rakan-rakan heteroseksual (kecenderungan seks normal) mereka, demikian menurut kajian.
- Penyelidik di Yale School of Medicine mendapati golongan itu berdepan 15 peratus risiko lebih tinggi terhadap masalah kesihatan otak secara keseluruhan pada usia tua, lapor Daily Mail pada Rabu.
- Ini termasuk 14 peratus risiko lebih tinggi untuk didiagnosis dengan demensia dan 27 peratus risiko lebih tinggi untuk kemurungan pada usia tua.
- Kajian itu menyatakan beberapa faktor penyumbang, daripada faktor psikososial seperti tekanan kepada kerosakan fizikal disebabkan keganasan, penggunaan hormon pengesahan jantina dan kesukaran mengakses penjagaan kesihatan.
- Kajian itu mencadangkan tekanan boleh mencetuskan keradangan saraf dan meningkatkan risiko pembentukan protein pada otak yang menjadi petanda awal keadaan kesihatan seperti demensia.
Golongan LGBTQ+ lebih berisiko tinggi mengalami demensia (penyakit nyanyuk) dan kemurungan berbanding rakan-rakan heteroseksual (kecenderungan seks normal) mereka, demikian menurut kajian.
Penyelidik di Yale School of Medicine mendapati golongan itu berdepan 15 peratus risiko lebih tinggi terhadap masalah kesihatan otak secara keseluruhan pada usia tua, lapor Daily Mail pada Rabu.
Ini termasuk 14 peratus risiko lebih tinggi untuk didiagnosis dengan demensia dan 27 peratus risiko lebih tinggi untuk kemurungan pada usia tua.
Kajian itu menyatakan beberapa faktor penyumbang, daripada faktor psikososial seperti tekanan kepada kerosakan fizikal disebabkan keganasan, penggunaan hormon pengesahan jantina dan kesukaran mengakses penjagaan kesihatan.
Kajian itu mencadangkan tekanan boleh mencetuskan keradangan saraf dan meningkatkan risiko pembentukan protein pada otak yang menjadi petanda awal keadaan kesihatan seperti demensia.
Ia menyatakan golongan LGBTQ+ lebih cenderung merokok atau menyalahgunakan bahan-bahan berbanding rakan-rakan heteroseksual mereka sehingga meningkatkan risiko masalah kesihatan itu.
Kemurungan pada usia tua sering dianggap sebagai tanda awal kepada demensia dengan banyak kajian mengatakan ia mungkin reaksi terhadap kurang upaya kognitif.
Pakar neurologi yang mengetuai kajian itu adalah Dr Shufan Huo.
“Dalam dunia yang semakin menyedari peranan penting kesaksamaan dalam penjagaan kesihatan, (ia) adalah membimbangkan melihat betapa sedikitnya yang diketahui mengenai ketidaksamaan kesihatan dihadapi golongan LGBTQ+.
“Kajian kami meneliti kumpulan ini yang secara historisnya kurang diwakili dalam penyelidikan neurologi dengan dapatan bahawa mereka mempunyai risiko lebih tinggi dengan hasil kesihatan otak yang buruk,” kata Dr Huo. – The Merdeka Times