Connect with us

Antarabangsa

Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober

Siasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan tentera Israel melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “Arahan Hannibal” pada insiden 7 Oktober tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar artikel.
  • Siasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan tentera Israel melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “Arahan Hannibal” pada insiden 7 Oktober tahun lalu.
  • Arahan Hannibal adalah prosedur kontroversi ketenteraan Israel yang direka untuk menghalang penangkapan tenteranya, walaupun ia mengakibatkan kematian sesama mereka sendiri, lapor Palestine Chronicle.
  • Siasatan Australia menyimpulkan protokol itu digunakan tentera Israel untuk menghalang Hamas daripada menangkap tenteranya yang membawa kepada kematian peneroka dan orang awam Israel.
  • Julai lalu, akhbar Israel Haaretz mendedahkan tentera Israel mengarahkan pengaktifan Prosedur Hannibal, melibatkan tindakan pembunuhan kedua-dua pihak iaitu individu ditahan dan penculik mereka, semasa operasi ketenteraan dijalankan kumpulan pembebasan Palestin pada 7 Oktober.
  • Siasatan akhbar itu mengesahkan tentera Israel mengeluarkan arahan memastikan tiada kenderaan dibenarkan pulang ke Gaza semasa serangan walaupun berisiko kepada penduduk zon bersebelahan Gaza itu.

Siasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan tentera Israel melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “Arahan Hannibal” pada insiden 7 Oktober tahun lalu.

Arahan Hannibal adalah prosedur kontroversi ketenteraan Israel yang direka untuk menghalang penangkapan tenteranya, walaupun ia mengakibatkan kematian sesama mereka sendiri, lapor Palestine Chronicle.

Siasatan Australia menyimpulkan bahawa protokol itu digunakan tentera Israel untuk menghalang Hamas daripada menangkap tenteranya yang membawa kepada kematian peneroka dan orang awam Israel.

Laporan yang diterbitkan di laman web ABC pada Jumaat lalu memaparkan keterangan daripada Omri Shifron yang terselamat daripada serangan kereta kebal Israel di sebuah rumah di penempatan Be’eri di kawasan bersebelahan Gaza.

ABC melaporkan tidak lama selepas 7 Oktober, “terdapat beberapa testimoni daripada orang awam dan anggota tentera Israel bahawa adanya tentera yang bertindak balas terhadap serangan Hamas bertindak membunuh rakyat mereka sendiri.”

Namun, laporan itu turut mengesahkan betapa “ramainya warga Israel dan penyokong Israel mengutuk sesiapa yang mencadangkan tindakan itu berlaku, sebelum lebih banyak testimoni dan laporan media Israel mengesahkan ia benar-benar berlaku”.

Julai lalu, akhbar Israel Haaretz mendedahkan tentera Israel mengarahkan pengaktifan Prosedur Hannibal, melibatkan tindakan pembunuhan kedua-dua pihak iaitu individu ditahan dan penculik mereka, semasa operasi ketenteraan dijalankan kumpulan pembebasan Palestin pada 7 Oktober.

Siasatan akhbar itu mengesahkan tentera Israel mengeluarkan arahan memastikan tiada kenderaan dibenarkan pulang ke Gaza semasa serangan walaupun berisiko kepada penduduk zon bersebelahan Gaza itu.  – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *