Connect with us

Terkini

3R dan MoU, tutup mulut rakyat dan Ahli Parlimen – Tun Mahathir

Tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang (extra judicial) bagi menstabilkan dan memajukan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang (extra judicial) bagi menstabilkan dan memajukan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 68 tahun lalu, Perlembagaan dan undang-undang negara telah memadai untuk memastikan kestabilan dan kemajuan.
  • “Hanya apabila PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil alih tampok Kerajaan baharulah extra judicial aturan-peraturan diperkenal.
  • “Dengan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan.
  • “Tetapi wakil rakyat terus bebas dalam dewan. 3R tidak boleh tutup mulut mereka.
  • “Oleh itu sekarang ditambah secara extra judicial aturan-peraturan (MoU) yang kononnya bertujuan menstabilkan negara. (sedangkan) Dengan itu wakil rakyat juga tidak dapat sentuh 3R dalam dewan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Dr Mahathir berkata 3R dan memorandum persefahaman (MoU) sebenarnya bertujuan menutup mulut rakyat dan wakil mereka, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk melakukan kezaliman secara sewenang-wenangnya.

KUALA LUMPUR — Tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang (extra judicial) bagi menstabilkan dan memajukan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 68 tahun lalu, Perlembagaan dan undang-undang negara telah memadai untuk memastikan kestabilan dan kemajuan.

Beliau berkata walaupun negara ini pernah menghadapi rusuhan kaum dan extremis agama, tetapi kesemuanya berupaya diselesaikan menerusi perlembagaan negara dan undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Hanya apabila PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil alih tampok Kerajaan baharulah extra judicial aturan-peraturan diperkenal.

“Dengan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan.

“Tetapi wakil rakyat terus bebas dalam dewan. 3R tidak boleh tutup mulut mereka.

“Oleh itu sekarang ditambah secara extra judicial aturan-peraturan (MoU) yang kononnya bertujuan menstabilkan negara. (sedangkan) Dengan itu wakil rakyat juga tidak dapat sentuh 3R dalam dewan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata 3R dan memorandum persefahaman (merujuk MoU kerajaan dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang) sebenarnya bertujuan menutup mulut rakyat dan wakil mereka, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk melakukan kezaliman secara sewenang-wenangnya.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr Mahathir di Facebook.

Beliau juga menganggap syarat untuk mendapat peruntukan wang bagi kawasan (pembangkang) dengan menandatangani MoU adalah rasuah.

Katanya, duit kerajaan adalah milik rakyat, bukan milik parti pemerintah dan seharusnya ia diperuntukkan secara sama antara wakil parti kerajaan dengan pembangkang.

“Jikalau ucapan berbau hasutan, perkauman atau kebencian, yang patut tafsir dan bertindak ialah rakyat, bukan Kerajaan. Rakyat boleh tolak orang yang membenci atau racist dalam pilihanraya. Itu hak rakyat.

“3R dan MOU sebenarnya bertujuan untuk tutup mulut rakyat dan wakil mereka. Kerajaan boleh melakukan kezaliman dengan sewenang-wenangnya. Curi duit Kerajaan pun boleh. Tipu dalam PRU (Pilihan Raya Umum) pun okay.

“Inilah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan jika MOU ditandatangani oleh wakil rakyat Pembangkang.

“Tolak MOU dan tolak 3R. Pertahan Perlembagaan dan Rule of Law…Kembali dan hormati Perlembagaan Malaysia,” kata bekas Perdana Menteri itu yang dua kali memegang tampuk pemerintahan negara.

Perikatan Nasional (PN) pada 20 September lalu dilaporkan tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia.

Terdahulu, PN dilaporkan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN atas empat sebab utama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata cadangan MoU itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Beliau mendakwa draf itu mengandungi perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen sedangkan mereka mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Susulan itu, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata tindakan pembangkang menolak MoU terbabit tidak bererti rundingan berhubung perkara itu telah tamat.

Sebaliknya, kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama atau rundingan dengan pembangkang. —- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *