Connect with us

Antarabangsa

‘Zon selamat’ Gaza hanya tinggal 9.5 peratus – Pertahanan Awam Palestin

Hanya 9.5 peratus kawasan di Gaza kini tinggal sebagai ‘zon selamat’ untuk orang awam terusir, kata Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hanya 9.5 peratus kawasan di Gaza kini tinggal sebagai ‘zon selamat’ untuk orang awam terusir, kata Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada Sabtu.
  • Menurut kenyataan pihak berkuasa itu, pada awal pencerobohan darat Israel ke Gaza awal November 2023, tentera rejim memaksa ratusan ribuan orang awam dari kawasan Gaza utara ke Gaza selatan, mendakwa kawasan itu sebagai “zon selamat kemanusiaan”.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan zon-zon selamat itu pada awalnya meliputi 230 kilometer persegi atau 63 peratus daripada keseluruhan Gaza, termasuk kawasan tanah pertanian, kemudahan komersial, ekonomi dan fasiliti perkhidmatan yang tersebar sepanjang 120 kilometer persegi.
  • Namun saiz zon-zon selamat itu mengecil secara mendadak selepas serangan berterusan Israel.
  • Tentera rejim Israel pada Ogos 2024 mengecilkan lagi “zon selamat kemanusiaan” itu kepada hanya 35 kilometer persegi atau 9.5 peratus daripada keseluruhan Gaza.

Hanya 9.5 peratus kawasan di Gaza kini tinggal sebagai ‘zon selamat’ untuk orang awam terusir, kata Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada Sabtu.

Menurut kenyataan pihak berkuasa itu, pada awal pencerobohan darat Israel ke Gaza awal November 2023, tentera rejim memaksa ratusan ribuan orang awam dari kawasan Gaza utara ke Gaza selatan, mendakwa kawasan itu sebagai “zon selamat kemanusiaan”.

Agensi berita Anadolu melaporkan zon-zon selamat itu pada awalnya meliputi 230 kilometer persegi atau 63 peratus daripada keseluruhan Gaza, termasuk kawasan tanah pertanian, kemudahan komersial, ekonomi dan fasiliti perkhidmatan yang tersebar sepanjang 120 kilometer persegi.

Namun saiz zon-zon selamat itu mengecil secara mendadak selepas serangan berterusan Israel.

Pihak berkuasa Palestin itu berkata menjelang awal Disember 2023, selepas serangan Israel ke atas Khan Younis di Gaza Selatan, kawasan kemanusiaan yang ditetapkan berkurang kepada 140 kilometer persegi atau 38.3 peratus daripada keseluruhan kawasan Gaza.

Pengurangan kawasan seterusnya berlaku pada Mei 2024, semasa serangan Israel ke atas Rafah, apabila zon kemanusiaan itu mengecil kepada 79 kilometer persegi atau 20 peratus daripada keseluruhan Gaza.

Tentera rejim Israel pada Ogos 2024 mengecilkan lagi “zon selamat” itu kepada hanya 35 kilometer persegi atau 9.5 peratus daripada keseluruhan Gaza.

Zon itu hanya merangkumi kira-kira 3.5 peratus daripada kawasan pertanian, perkhidmatan dan komersial, sekali gus mengecilkan lagi ruang di mana orang awam boleh mendapatkan perlindungan, demikian menurut pihak berkuasa yang memperincikan bagaimana Israel secara sistematik memusnahkan “zon selamat” itu.

Pengurangan berterusan zon-zon selamat ini memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza kerana orang awam semakin kekurangan tempat untuk melarikan diri daripada keganasan rejim zionis.

Setakat ini, lebih 40,500 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dengan lebih 93,700 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan dipetik Al Jazeera.

Sekatan berterusan Israel ke atas Gaza menyebabkan kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang serius, meninggalkan sebahagian besar wilayah konflik itu dalam kemusnahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *