Connect with us

Antarabangsa

UK ‘double standard’ tangani keganasan

Badan pemikir pertahanan dan keselamatan Britain berkata negara itu kurang serius dalam menangani serangan kumpulan sayap kanan berbanding keganasan ‘Islamis’ susulan perbezaan pendekatan kerajaan dalam menangani keganasan, lapor Middle East Eye.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan pemikir pertahanan dan keselamatan Britain berkata negara itu kurang serius dalam menangani serangan kumpulan sayap kanan berbanding keganasan ‘Islamis’ susulan perbezaan pendekatan kerajaan dalam menangani keganasan, lapor Middle East Eye.
  • Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja (RUSI) dalam artikel di akhbar Guardian pada Ahad berkata rusuhan golongan sayap kanan di seluruh Britain baru-baru ini “telah mendedahkan dwistandard membimbangkan dalam cara masyarakat melihat dan bertindak balas terhadap keganasan kumpulan haluan kanan berbanding ekstremisme Islamis”.
  • Institut itu menyatakan keganasan kumpulan haluan kanan sering dikategorikan sebagai “kasar” atau hooliganisme, manakala “tindakan serupa bermotifkan ekstremisme Islamis” mungkin akan dianggap sebagai “keganasan”.

Badan pemikir pertahanan dan keselamatan Britain berkata negara itu kurang serius dalam menangani serangan kumpulan sayap kanan berbanding keganasan ‘Islamis’ susulan perbezaan pendekatan kerajaan dalam menangani keganasan, lapor Middle East Eye.

Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja (RUSI) dalam artikel di akhbar Guardian pada Ahad berkata rusuhan golongan sayap kanan di seluruh Britain baru-baru ini “telah mendedahkan dwistandard membimbangkan dalam cara masyarakat melihat dan bertindak balas terhadap keganasan kumpulan haluan kanan berbanding ekstremisme Islamis”.

Institut itu menyatakan keganasan kumpulan haluan kanan sering dikategorikan sebagai “kasar” atau hooliganisme, manakala “tindakan serupa bermotifkan ekstremisme Islamis” mungkin akan dianggap sebagai “keganasan”.

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer mengkategorikan kekacauan ganas baru-baru ini sebagai “kekasaran haluan kanan”.

RUSI berkata reaksi pemimpin British itu telah “meremehkan elemen-elemen teratur, berangkai dan komponen ideologi rusuhan tersebut”.

Badan pemikir itu menyifatkan reaksi Starmer “tidak konsisten” dan akan menghalang kemahuan politik menangani keganasan kumpulan sayap kanan.

“Ia memberi kesan kepada mereka yang dilihat bertanggungjawab untuk mengetuai tindakan balas.

“(Ia) seringkali diserahkan kepada pihak polis berbanding aktor-aktor lain yang terlibat dalam menangani keganasan dan mencegah serta melawan ekstremisme ganas,” kata penyelidik. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *