Connect with us

Terkini

Paderi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan amang seksual remaja lelaki 13 tahun

Seorang paderi didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun pada Jun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tertuduh, B. Moses Melchidezek, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasyihah Ghazali di Shah Alam hari ini.
  • Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan meletakkan jarinya pada kemaluan mangsa dan meletakkan tangan remaja lelaki terbabit pada kemaluannya, di mana kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan bagi maksud seksual.
  • Moses didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong antara pukul 5 petang hingga 7 malam akhir Jun lalu.
  • Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.
  • Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melaporkan diri pada hari pertama setiap bulan di balai polis berhampiran, selain dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.

KUALA LUMPUR —  Seorang paderi didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun pada Jun lalu.

Tertuduh, B. Moses Melchidezek, 27,  bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasyihah Ghazali di Shah Alam hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan meletakkan jarinya pada kemaluan mangsa dan meletakkan tangan remaja lelaki terbabit pada kemaluannya, di mana kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan bagi maksud seksual.

Moses didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong antara pukul 5 petang hingga 7 malam akhir Jun lalu.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabilah Abd Rashid mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain tidak mengganggu mangsa selagi prosiding belum selesai.

Peguam Datuk N. Sivananthan bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan menyerahkan syarat-syarat lain untuk pertimbangan pihak mahkamah.

“Anak guam saya seorang paderi di sebuah gereja dan kejadian didakwa berlaku di gereja tempat dia bekerja.

“Anak guam saya juga sudah berkahwin dan pengadu (mangsa) tidak lagi tinggal di gereja dan tidak akan diganggu lagi,” katanya dipetik media tempatan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melaporkan diri pada hari pertama setiap bulan di balai polis berhampiran, selain dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.

“Jika anda melanggar syarat ini, jaminan akan ditarik balik,” kata Rasyihah.

Mahkamah juga menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes.

Pada 14 Ogos lalu, media melaporkan polis menahan seorang paderi di Puchong untuk siasatan kes amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia 13 tahun sejak Jun lalu.

Ia susulan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima satu laporan daripada mangsa pada jam 10.09 malam pada Isnin yang antaranya mendakwa diganggu secara seksual fizikal oleh suspek di dalam bilik tidur sebuah gereja yang terletak di Bandar Bukit Puchong pada Jun hingga Julai lalu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *