Terkini
Malaysia perlu gubal Akta Anti Penapisan Palestin, elak ‘posting’ disekat sesuka hati – Peguam
Malaysia perlu menggubal Akta Anti Penapisan Palestin susulan terlalu banyak penapisan atau sekatan dilakukan secara sesuka hati ke atas posting (kandungan hantaran) berkaitan Palestin oleh pelbagai platform media sosial, termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.
- Malaysia perlu menggubal Akta Anti Penapisan Palestin susulan terlalu banyak penapisan atau sekatan dilakukan secara sesuka hati ke atas posting (kandungan hantaran) berkaitan Palestin oleh pelbagai platform media sosial, termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.
- “Terlampau banyak censorship ikut suka hati oleh FB, Insta, TikTok dan sebagainya. PMX pun kena. Kita yang nak perjuangkan hak asasi manusia pun kena censor.
- “Akibat censorship ni apa yang akan berlaku ialah ia akan benarkan Isr (Israel) terus melakukan genocide, ethnic cleansing dan apartheid senyap-senyap. Censorship ini akan memastikan pal (Palestin) akan terus dizalimi dan ditindas sehingga lupus di mata dunia.
- “Kita tidak boleh biarkan ini. Ini tanggungjawab kita,” kata Peguam, Lukman Sheriff Alias menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang tidak menulis dengan betul ejaan seperti Palestin dan Israel kerana dikhuatiri ‘disekat’ di platform media sosial.
- Lukman berkata apabila pemilik media sosial ingin memadamkan atau menapis mana-mana kandungan berkenaan Palestin, mereka perlu memberi peluang “right to be heard” kepada pengguna dan menyatakan kesalahan posting tersebut.
- “Selepas jawab kalau delete juga mereka kena umumkan apa yang di delete bagi orang awam tahu… Kita screenshot semua ini… Kalau tak ikut prosedur ini, kita denda mereka,” kata Lukman.
KUALA LUMPUR — Malaysia perlu menggubal Akta Anti Penapisan Palestin susulan terlalu banyak penapisan atau sekatan dilakukan secara sesuka hati ke atas posting (kandungan hantaran) berkaitan Palestin oleh pelbagai platform media sosial, termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.
Peguam, Lukman Sheriff Alias berkata penapisan ke atas kandungan berkaitan Palestin menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalami nasib sama antaranya apabila gambar beliau bersama pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh di Doha, Qatar pada Mei lalu diturunkan Meta.
Malah, katanya, masyarakat atau pengguna media sosial yang ingin memperjuangkan hak asasi manusia juga berdepan penapisan sedemikian.
Beliau berkata penapisan dikenakan itu menyebabkan rejim zionis Israel berupaya meneruskan genosid atau pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Gaza dan ia akan memastikan Palestin berterusan dizalimi hingga terhapus di mata dunia.
“Sudah tiba kita gubal Pal*stinian anti censorship act yang pertama di dunia.
“Terlampau banyak censorship ikut suka hati oleh FB, Insta, TikTok dan sebagainya. PMX pun kena. Kita yang nak perjuangkan hak asasi manusia pun kena censor.
“Akibat censorship ni apa yang akan berlaku ialah ia akan benarkan Isr (Israel) terus melakukan genocide, ethnic cleansing dan apartheid senyap-senyap. Censorship ini akan memastikan pal (Palestin) akan terus dizalimi dan ditindas sehingga lupus di mata dunia.
“Kita tidak boleh biarkan ini. Ini tanggungjawab kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang tidak menulis dengan betul ejaan seperti Palestin dan Israel kerana dikhuatiri ‘disekat’ di platform media sosial.
Lukman turut memuat naik tangkap layar dua laporan artikel bertajuk, “Malaysia outraged at Meta takedown of media’s Facebook posts on PM’s Hamas meeting” dan “PMO condemns Instagram’s removal of post on Hamas leader” dalam hantaran tersebut.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam dilaporkan mengecam tindakan Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan perjumpaan Anwar dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar pada Mei lalu.
Bahagian Media & Komunikasi Strategik PMO berkata tindakan Meta itu memperlihatkan diskriminasi pemilik platform media sosial terbabit terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara berkenaan.
PMO menuntut penjelasan berhubung perkara berkenaan dan mendesak Meta memohon maaf.
Mengulas lanjut berkenaan Akta Anti Penapisan Palestin yang dibangkitkan, Lukman berkata pelaksanaan akta itu adalah mudah dan terpakai kepada semua platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya.
Beliau berkata apabila pemilik media sosial ingin memadamkan atau menapis mana-mana kandungan berkenaan Palestin, mereka perlu memberi peluang “right to be heard” kepada pengguna dan menyatakan kesalahan posting tersebut.
“Selepas jawab kalau delete juga mereka kena umumkan apa yang di delete bagi orang awam tahu… Kita screenshot semua ini… Kalau tak ikut prosedur ini, kita denda mereka.
“Apabila diumumkan alasan kelak, kerajaan atau mana-mana pihak yang tak berpuas hati dengan alasan itu, diberi hak ambil tindakan undang-undang atau mendenda platform ini jika mereka menyekat kebebasan bersuara kita di bawah perlembagaan.
“Kita fight di mahkamah. Apa yang kita mahu ialah buat socmed ini menjadi accountable. Tak boleh delete ikut suka hati mak bacak (bapak) mereka. Melampau sungguh. Kes Pal (Palestin) sangat jelas.
“Dengan akta ini saya juga harap kita dapat menggariskan had kebebasan bersuara kita untuk isu pal* (Palestin) yang kemudiannya terpakai ke bidang lain. Sila lihat tulisan saya barking the wrong tree,” kata pengamal undang-undang itu. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/