Connect with us

Antarabangsa

Haniyeh dibunuh dengan projektil jarak dekat – Iran

Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, “dirancang dan dilaksanakan” rejim Israel dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) menggunakan projektil jarak dekat, kata Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh (gambar poster).
  • Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, “dirancang dan dilaksanakan” rejim Israel dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) menggunakan projektil jarak dekat, kata Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu.
  • IRGC menyebut pembunuhan itu sebagai “jenayah keganasan” dan berjanji akan mengenakan “hukuman keras” dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.
  • Haniyeh dibunuh awal pagi Rabu di rumah tamu di ibu kota Tehran dalam satu serangan misteri yang mana pegawai Iran menyalahkan musuh utama mereka iaitu Israel.
  • Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam serangan itu.
  • IRGC mengatakan siasatan mendapati “operasi keganasan” itu melibatkan penembakan projektil jarak dekat dengan kepala peledak seberat sekitar 7 kilogram (15.4 paun), diiringi bahan letupan besar dari luar rumah tamu di mana Haniyeh berada.

Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, “dirancang dan dilaksanakan” rejim Israel dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) menggunakan projektil jarak dekat, kata Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu.

IRGC menyebut pembunuhan itu sebagai “jenayah keganasan” dan berjanji akan mengenakan “hukuman keras” dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.

Haniyeh dibunuh awal pagi Rabu di rumah tamu di ibu kota Tehran dalam satu serangan misteri yang mana pegawai Iran menyalahkan musuh utama mereka iaitu Israel.

Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam serangan itu.

Haniyeh pada ketika itu berada di Tehran untuk menghadiri penabalan Presiden Iran Masoud Pezeshkian.

Walaupun Israel berdiam diri tentang kematian Haniyeh, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberikan bayangan penglibatan Tel Aviv dalam pembunuhannya.

IRGC mengatakan siasatan mendapati bahawa “operasi keganasan” itu melibatkan penembakan projektil jarak dekat dengan kepala peledak seberat sekitar 7 kilogram (15.4 paun), diiringi bahan letupan besar dari luar rumah tamu di mana Haniyeh berada.

Ketegangan semakin meningkat di tengah-tengah spekulasi bahawa Iran sedang bersiap sedia untuk memberikan balasan ketenteraan terhadap pembunuhan Haniyeh yang lebih besar skopnya daripada operasi dilakukan mereka selepas serangan ke atas Konsulat Iran di ibu kota Syria, Damsyik pada April. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *