Antarabangsa
Hampir 500 petugas perubatan maut di Gaza
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan hampir 500 petugas kesihatan terbunuh dan ratusan lagi cedera sejak bermulanya serangan besar-besaran rejim zionis Israel ke atas Gaza pada Oktober lalu.
- Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan hampir 500 petugas kesihatan terbunuh dan ratusan lagi cedera sejak bermulanya serangan besar-besaran rejim zionis Israel ke atas Gaza pada Oktober lalu.
- Dalam satu kenyataan lewat malam semalam, kementerian itu menjelaskan lebih 310 individu ditangkap dan 130 ambulans dimusnahkan oleh rejim zionis Israel di Gaza.
- Selain itu, kemudahan kesihatan dan kakitangannya di Tebing Barat juga berdepan lebih 340 serangan tentera rejim dalam tempoh sama.
- Kementerian Kesihatan Palestin berkata penyasaran infrastruktur perubatan secara sengaja oleh tentera penjajah Israel telah menjejaskan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan asas.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan hampir 500 petugas kesihatan terbunuh dan ratusan lagi cedera sejak bermulanya serangan besar-besaran rejim zionis Israel ke atas Gaza pada Oktober lalu.
Dalam kenyataan lewat malam semalam, kementerian itu menjelaskan lebih 310 individu ditangkap dan 130 ambulans dimusnahkan oleh rejim zionis Israel di Gaza.
Selain itu, kemudahan kesihatan dan kakitangannya di Tebing Barat juga berdepan lebih 340 serangan tentera rejim dalam tempoh sama.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata penyasaran infrastruktur perubatan secara sengaja oleh tentera penjajah Israel telah menjejaskan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan asas.
Menurut kenyataan kementerian itu, keadaan teruk disebabkan air dan sanitasi, diperburukkan lagi dengan kesesakan, menyebabkan peningkatan penyakit boleh dicegah dan kematian pramatang.
“Gaza kini berdepan bencana kesihatan awam ekoran sumber air tidak selamat dan kekurangan keperluan kebersihan asas bagi lebih 1.7 juta individu dalam pengusiran,” kata kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin dipetik WAFA.
Kementerian Kesihatan Palestin juga memaklumkan perihal kekurangan kritikal pekerja kesihatan dan bekalan perubatan, termasuk anestesia (bius) dan antibiotik yang menyebabkan penyedia perkhidmatan kesihatan bertarung dalam menyelamatkan nyawa.
Kementerian itu menyeru disalurkan bantuan kemanusiaan tanpa syarat untuk menangani kekurangan serius dan pemindahan mereka yang cedera supaya menerima rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa di luar negara. – The Merdeka Times