Connect with us

Antarabangsa

Bom diseludup, disembunyikan Mossad di kediaman Ismail Haniyeh sejak dua bulan – Laporan

Sebuah alat letupan (bom) diseludup dan disembunyikan agensi perisikan Israel, Mossad di kediaman Ismail Haniyeh selama kira-kira dua bulan, sebelum ia diletupkan dari jarak jauh selepas mengesahkan keberadaan pemimpin Hamas itu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemimpin Hamas, As-syahid Ismail Haniyeh.
  • Sebuah alat letupan (bom) diseludup dan disembunyikan agensi perisikan Israel, Mossad di kediaman Ismail Haniyeh selama kira-kira dua bulan, sebelum ia diletupkan dari jarak jauh selepas mengesahkan keberadaan pemimpin Hamas itu. 
  • Perkara itu didedahkan The New York Times dalam laporan terkininya yang menyaksikan pelbagai spekulasi mengenai kaedah serangan ke atas pemimpin Palestin itu yang dibunuh di kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu.
  • Akhbar itu melaporkan bahawa “alat letupan itu diseludup secara rahsia ke dalam rumah tetamu di Tehran” dan disembunyikan selama kira-kira dua bulan, menurut tujuh pegawai Timur Tengah, termasuk dua pegawai Iran dan seorang pegawai Amerika.
  • Lima pegawai mendakwa “bom itu diletupkan dari jarak jauh” selepas mengesahkan keberadaan Haniyeh di dalam biliknya.
  • Menurut dua pegawai Iran, letupan itu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan, termasuk keruntuhan sebahagian dinding luar bangunan berkenaan.
  • Axios mengesahkan Mossad sebagai dalang di sebalik operasi pembunuhan itu, melaporkan penglibatan alat teknologi tinggi kecerdasan buatan (AI) telah digunakan untuk membunuh Haniyeh.

Sebuah alat letupan (bom) diseludup dan disembunyikan agensi perisikan Israel, Mossad di kediaman Ismail Haniyeh selama kira-kira dua bulan, sebelum ia diletupkan dari jarak jauh selepas mengesahkan keberadaan pemimpin Hamas itu. 

Perkara itu didedahkan The New York Times dalam laporan terkininya yang menyaksikan pelbagai spekulasi mengenai kaedah serangan ke atas pemimpin Palestin itu yang dibunuh di kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu.

Akhbar itu melaporkan bahawa “alat letupan itu diseludup secara rahsia ke dalam rumah tetamu di Tehran” dan disembunyikan selama kira-kira dua bulan, menurut tujuh pegawai Timur Tengah, termasuk dua pegawai Iran dan seorang pegawai Amerika.

Lima pegawai mendakwa “bom itu diletupkan dari jarak jauh” selepas mengesahkan keberadaan Haniyeh di dalam biliknya.

Menurut dua pegawai Iran, letupan itu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan, termasuk keruntuhan sebahagian dinding luar bangunan berkenaan.

Axios mengesahkan Mossad sebagai dalang di sebalik operasi pembunuhan itu, melaporkan penglibatan alat teknologi tinggi kecerdasan buatan (AI) telah digunakan untuk membunuh Haniyeh.

Ia memetik dua sumber yang mengetahui mengenai isu itu dengan laporan bahawa pelaksana operasi Israel tahu secara tepat kemudahan dan bilik di mana Haniyeh menetap semasa lawatannya ke Tehran.

Menurut laman berita itu, bom itu dipasang di bilik tersebut lebih awal dan diletupkan dari jarak jauh oleh pelaksana operasi Mossad yang berada di Iran selepas menerima maklumat bahawa Haniyeh berada di dalam bilik berkenaan.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan telah membuka siasatan mengenai insiden tersebut.

Sebelum ini, media antarabangsa, termasuk Al Jazeera, melaporkan insiden serangan awal pagi Rabu ke atas kediaman Haniyeh di Tehran itu membabitkan bedilan peluru berpandu.

Serangan projektil yang menyasarkan tingkat ke-empat apartmen di kawasan Zafaranieh itu dilaporkan turut mengorbankan seorang pengawal peribadi Haniyeh.

Farsnews dipetik agensi berita Anadolu pula melaporkan siasatan awal mengesahkan bahawa operasi itu dirancang rejim zionis Israel.

Setakat laporan ini ditulis, Tel Aviv tidak mengesah atau menafikan keterlibatannya dalam insiden pembunuhan pemimpin Palestin itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *