Connect with us

Antarabangsa

Bekas transgender mengandung, rasa dirinya seperti ‘raksasa’

Kelahiran anak dan minggu-minggu pertama bersama bayi sepatutnya menjadi waktu singkat paling berharga bagi seorang ibu, tetapi tidak bagi Prisha Mosley, 26, yang “merasakan dirinya seperti raksasa”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas transgender, Prisha Mosley.
  • Kelahiran anak dan minggu-minggu pertama bersama bayi sepatutnya menjadi waktu singkat paling berharga bagi seorang ibu, tetapi tidak bagi Prisha Mosley, 26, yang “merasakan dirinya seperti raksasa”.
  • Payudara beliau dipotong ketika berusia 18 tahun setelah didiagnosis dengan disforia jantina (kecelaruan jantina) dan perkara itu menyebabkan anaknya tidak boleh menyusu secara semulajadi.
  • Malah, seluruh bahagian dadanya tiada rasa (numb), kehilangan rasa memeluk anaknya — yang namanya belum didedahkan — dalam membentuk hubungan penting kulit-ke-kulit untuk memperkukuhkan ikatan ibu dan bayi.
  • Mosley dilahirkan sebagai wanita. Tetapi ubat hormon yang diambilnya ketika remaja menghalang akil baligh semulajadinya dan merisikokan dirinya untuk mandul selama-lamanya.
  • Apa yang mengejutkan, dia mula mengandung anak lelakinya tahun lepas. Tetapi ubat-ubatan terdahulu menghalang pertumbuhan pinggul dan vaginanya, menjadikannya terlalu sempit dan berbahaya untuk bersalin.

Kelahiran anak dan minggu-minggu pertama bersama bayi sepatutnya menjadi waktu singkat paling berharga bagi seorang ibu, tetapi tidak bagi Prisha Mosley, 26, yang “merasakan dirinya seperti raksasa”.

Payudara beliau dipotong ketika berusia 18 tahun setelah didiagnosis dengan disforia jantina (kecelaruan jantina) dan perkara itu menyebabkan anaknya tidak boleh menyusu secara semulajadi.

Malah, seluruh bahagian dadanya tiada rasa (numb), kehilangan rasa memeluk anaknya — yang namanya belum didedahkan — dalam membentuk hubungan penting kulit-ke-kulit untuk memperkukuhkan ikatan ibu dan bayi.

Mosley dilahirkan sebagai wanita. Tetapi ubat hormon yang diambilnya ketika remaja menghalang akil baligh semulajadinya dan merisikokan dirinya untuk mandul selama-lamanya.

Apa yang mengejutkan, dia mula mengandung anak lelakinya tahun lepas. Tetapi ubat-ubatan terdahulunya menghalang pertumbuhan pinggul dan vaginanya, menjadikannya terlalu sempit dan berbahaya untuk bersalin.

Bahu anaknya tersangkut di saluran kelahiran dan Mosley terpaksa menjalani pembedahan kecemasan C-Section (Caesarean) untuk mengeluarkan bayinya dengan selamat.

“Saya terpaksa mengambil ubat ini untuk menghentikan penghasilan susu badan saya yang juga menekan hormon yang berkaitan dengan hubungan dengan bayi saya.

“Ini membuatkan saya rasa seperti raksasa, membuatkan saya rasa seperti orang jahat. Tetapi saya tiada pilihan,” kata Mosley memberitahu DailyMail.com.

Mosley adalah salah seorang daripada ramai dalam kalangan mereka yang dipanggil detransitioners, iaitu mereka yang beralih kepada jantina berbeza tetapi kemudiannya kembali kepada jantina asal mereka.

Semasa kecil, dia bergelut dengan masalah kesihatan mental dan mendakwa doktor memberitahunya bahawa peralihan menjadi lelaki akan menyelesaikan masalahnya.

Hampir sedekad kemudian, Mosley berubah fikiran dan memutuskan untuk kembali ke jantina asal dan mengakui bahawa apa yang diperlukannya sejak daripada awal adalah terapi.

Sekarang, dia berdepan dengan kesan terapi hormon dan pembedahan perubahan tubuh yang tidak boleh dipulihkan lagi, meletakkan nyawa anaknya dalam bahaya semasa kelahiran dan terhad dalam aspek penjagaan anaknya sebagai ibu baru. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending