Antarabangsa
Bekas transgender mengandung, rasa dirinya seperti ‘raksasa’
Kelahiran anak dan minggu-minggu pertama bersama bayi sepatutnya menjadi waktu singkat paling berharga bagi seorang ibu, tetapi tidak bagi Prisha Mosley, 26, yang “merasakan dirinya seperti raksasa”.
- Kelahiran anak dan minggu-minggu pertama bersama bayi sepatutnya menjadi waktu singkat paling berharga bagi seorang ibu, tetapi tidak bagi Prisha Mosley, 26, yang “merasakan dirinya seperti raksasa”.
- Payudara beliau dipotong ketika berusia 18 tahun setelah didiagnosis dengan disforia jantina (kecelaruan jantina) dan perkara itu menyebabkan anaknya tidak boleh menyusu secara semulajadi.
- Malah, seluruh bahagian dadanya tiada rasa (numb), kehilangan rasa memeluk anaknya — yang namanya belum didedahkan — dalam membentuk hubungan penting kulit-ke-kulit untuk memperkukuhkan ikatan ibu dan bayi.
- Mosley dilahirkan sebagai wanita. Tetapi ubat hormon yang diambilnya ketika remaja menghalang akil baligh semulajadinya dan merisikokan dirinya untuk mandul selama-lamanya.
- Apa yang mengejutkan, dia mula mengandung anak lelakinya tahun lepas. Tetapi ubat-ubatan terdahulu menghalang pertumbuhan pinggul dan vaginanya, menjadikannya terlalu sempit dan berbahaya untuk bersalin.
Kelahiran anak dan minggu-minggu pertama bersama bayi sepatutnya menjadi waktu singkat paling berharga bagi seorang ibu, tetapi tidak bagi Prisha Mosley, 26, yang “merasakan dirinya seperti raksasa”.
Payudara beliau dipotong ketika berusia 18 tahun setelah didiagnosis dengan disforia jantina (kecelaruan jantina) dan perkara itu menyebabkan anaknya tidak boleh menyusu secara semulajadi.
Malah, seluruh bahagian dadanya tiada rasa (numb), kehilangan rasa memeluk anaknya — yang namanya belum didedahkan — dalam membentuk hubungan penting kulit-ke-kulit untuk memperkukuhkan ikatan ibu dan bayi.
Mosley dilahirkan sebagai wanita. Tetapi ubat hormon yang diambilnya ketika remaja menghalang akil baligh semulajadinya dan merisikokan dirinya untuk mandul selama-lamanya.
Apa yang mengejutkan, dia mula mengandung anak lelakinya tahun lepas. Tetapi ubat-ubatan terdahulunya menghalang pertumbuhan pinggul dan vaginanya, menjadikannya terlalu sempit dan berbahaya untuk bersalin.
Bahu anaknya tersangkut di saluran kelahiran dan Mosley terpaksa menjalani pembedahan kecemasan C-Section (Caesarean) untuk mengeluarkan bayinya dengan selamat.
“Saya terpaksa mengambil ubat ini untuk menghentikan penghasilan susu badan saya yang juga menekan hormon yang berkaitan dengan hubungan dengan bayi saya.
“Ini membuatkan saya rasa seperti raksasa, membuatkan saya rasa seperti orang jahat. Tetapi saya tiada pilihan,” kata Mosley memberitahu DailyMail.com.
Mosley adalah salah seorang daripada ramai dalam kalangan mereka yang dipanggil detransitioners, iaitu mereka yang beralih kepada jantina berbeza tetapi kemudiannya kembali kepada jantina asal mereka.
Semasa kecil, dia bergelut dengan masalah kesihatan mental dan mendakwa doktor memberitahunya bahawa peralihan menjadi lelaki akan menyelesaikan masalahnya.
Hampir sedekad kemudian, Mosley berubah fikiran dan memutuskan untuk kembali ke jantina asal dan mengakui bahawa apa yang diperlukannya sejak daripada awal adalah terapi.
Sekarang, dia berdepan dengan kesan terapi hormon dan pembedahan perubahan tubuh yang tidak boleh dipulihkan lagi, meletakkan nyawa anaknya dalam bahaya semasa kelahiran dan terhad dalam aspek penjagaan anaknya sebagai ibu baru. – The Merdeka Times