Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Gajah amuk cederakan 13 orang di perayaan keagamaan Hindu di Sri Lanka

Perayaan agama Hindu di Sri Lanka bertukar huru-hara selepas seekor gajah mengamuk dan membuat gajah lain saling merempuh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Tangkap layar video menunjukkan seekor gajah dipakaikan pakaian hiasan, panik lalu melarikan diri dari perarakan.

Perayaan agama Hindu di Sri Lanka bertukar huru-hara selepas seekor gajah mengamuk dan membuat gajah lain saling merempuh.

News.com.au melaporkan sebuah rakaman video menunjukkan seekor gajah dipakaikan pakaian hiasan, panik lalu melarikan diri dari perarakan – mencetuskan kekecohan menyebabkan 13 orang cedera.

Ketika haiwan itu menghadap arah bertentangan, penjaganya dilihat menarik ekornya dalam cubaan yang dilihat gagal menghentikannya.

Gajah itu dilihat mempercepatkan langkah dan bertindak mengejar sambil memegang ekornya, menjerit meminta orang ramai melarikan diri.

Orang ramai dilihat melarikan diri dan menghadap semula haiwan itu, tidak pasti tindakan terbaik patut dilakukan dalam situasi tersebut.

Kira-kira 13 orang cedera dan dibawa ke hospital di Kataragama, sekitar 280 kilometer di selatan Colombo, kata jurucakap polis.

Semua mangsa turut dilaporkan dibenarkan pulang.

Gajah dianggap sebagai haiwan suci dalam agama Hindu, mewakili kesetiaan, kuasa, kebijaksanaan dan kesuburan, lapor USDA.

Kumpulan hak asasi haiwan sebelum ini mengkritik penggunaan meluas haiwan itu dalam upacara kuil di Sri Lanka.

Gajah dikenali sebagai haiwan yang damai secara amnya, tetapi terdapat beberapa kejadian makhluk itu bertindak seperti pembunuh.

Dalam kisah sama, amukan gajah turut meninggalkan jejak keganasan di Thailand di tengah-tengah peningkatan membimbangkan serangan sehingga menyebabkan kematian di negara itu.

Laporan pada Februari mendakwa sekurang-kurangnya 150 orang di Thailand terbunuh akibat serangan berkaitan gajah liar sejak 2018. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *