Terkini
Tiket konsert penyanyi pro-zionis, Bruno Mars di KL ‘sold out’
Biarpun terang-terangan menyatakan kecintaannya kepada Tel Aviv dan menerima kecaman rakyat Malaysia terutama kelompok Muslim kerana dilihat pro-zionis, tiket konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur tetap habis terjual (sold out).
- Biarpun terang-terangan menyatakan kecintaannya kepada Tel Aviv dan menerima kecaman rakyat Malaysia terutama kelompok Muslim kerana dilihat pro-zionis, tiket konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur tetap habis terjual (sold out).
- “Tiket kami secara rasminya sudah terjual sepenuhnya.
- “Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi anda semua untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” ciap penganjur, Live Nation Malaysia di platform X pada Selasa.
- Penyanyi Talking To The Moon itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang difahamkan memuatkan kapasiti sehingga 85,000 pengunjung pada 17 September ini.
- Penyanyi dan komposer Aizat Amdan juga dilaporkan berkata walaupun mengagumi bakat penghibur terkenal itu, beliau menganggap ia bukan tiket untuk dia menyokong Bruno yang dikenali sebagai pro-Israel.
KUALA LUMPUR — Biarpun terang-terangan menyatakan kecintaannya kepada Tel Aviv dan menerima kecaman rakyat Malaysia terutama kelompok Muslim kerana dilihat pro-zionis, tiket konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur tetap habis terjual (sold out).
Perkara itu dimaklumkan penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi ciapan di platform X pada Selasa.
“Tiket kami secara rasminya sudah terjual sepenuhnya.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi anda semua untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” ciap penganjur.
Penyanyi Talking To The Moon itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang difahamkan memuatkan kapasiti sehingga 85,000 pengunjung pada 17 September ini.
The Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.
Bruno Mars dilaporkan menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram itu.
Antara organisasi menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).
BDS Malaysia dalam hantaran di Instagram juga sebelum ini menegaskan bahawa zionis dan mana-mana individu yang menyokong genosid tidak dialu-alukan di Malaysia.
Gerakan itu berkata Bruno Mars adalah seorang artis berbakat, namun itu bukan alasan untuk menutup mata terhadap pembunuhan beramai-ramai berterusan sesama manusia.
Penyanyi dan komposer Aizat Amdan juga dilaporkan berkata walaupun mengagumi bakat penghibur terkenal itu, beliau menganggap ia bukan tiket untuk dia menyokong Bruno yang dikenali sebagai pro-Israel.
“Bagi saya dia memang seorang penyanyi yang hebat, saya suka lagu dia tapi saya tidak akan tutup mata semata-mata nak pergi ke konsertnya.
“Saya boleh saja dengar lagu dia tapi sebagai manusia ada batasnya… Takkan kita nak ikut sahaja kalau kita tahu dia adalah individu yang menyokong Israel,” katanya dipetik mStar.
Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi, manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/