Connect with us

Antarabangsa

Satu daripada lima warga Australia dewasa lakukan keganasan seksual – kajian

Kajian baharu mendapati satu daripada lima warga Australia antara 18 dan 45 tahun melakukan keganasan seksual sejak menjadi individu dewasa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian baharu mendapati satu daripada lima warga Australia antara 18 dan 45 tahun melakukan keganasan seksual sejak menjadi individu dewasa.
  • Satu daripada sepuluh melakukannya dalam tempoh setahun lalu, demikian menurut kajian Institut Kriminologi Australia (AIC) dikeluarkan semalam berdasarkan tinjauan membabitkan lebih 5,000 responden.
  • Walaupun dapatan tinjauan itu disifatkan “mengejutkan” oleh dua penyelidik keganasan domestik dan keluarga yang tidak terlibat dalam kajian tersebut, penulis kajian memberi amaran bahawa angka sebenar barangkali lebih buruk.
  • AIC menganggapnya salah satu kajian Australia paling penting dalam meneliti pelaku keganasan seksual, berbeza dengan pendekatan lebih meluas berasaskan mangsa.
  • Kira-kira satu daripada lima wanita dewasa dan satu daripada 15 lelaki dewasa di Australia menjadi mangsa keganasan seksual sejak berumur 15 tahun, demikian menurut Biro Perangkaan Australia (ABS).
  • Secara umumnya, kajian AIC mendapati 22.1 peratus responden melakukan satu atau lebih bentuk keganasan seksual sejak berumur 18 tahun dan 9.9 peratus melakukannya dalam tempoh 12 bulan yang lalu. 

Kajian baharu mendapati satu daripada lima warga Australia antara 18 dan 45 tahun melakukan keganasan seksual sejak menjadi individu dewasa.

Satu daripada sepuluh melakukannya dalam tempoh setahun lalu, demikian menurut kajian Institut Kriminologi Australia (AIC) dikeluarkan semalam berdasarkan tinjauan membabitkan lebih 5,000 responden.

Walaupun dapatan tinjauan itu disifatkan “mengejutkan” oleh dua penyelidik keganasan domestik dan keluarga yang tidak terlibat dalam kajian tersebut, penulis kajian memberi amaran bahawa angka sebenar barangkali lebih buruk.

Institut itu menganggapnya salah satu kajian Australia paling penting dalam meneliti pelaku keganasan seksual, berbeza dengan pendekatan lebih meluas berasaskan mangsa.

Timbalan Pengarah AIC, Dr Rick Brown berkata pendekatan itu penting untuk memahami pendorong keganasan seksual dan memberi tumpuan kepada pencegahan pelaku berbanding pendekatan berasaskan mangsa.

“Penemuan ini mengisi jurang penting dalam daftar bukti Australia, sambil menyumbang usaha memantau dan menilai pendekatan mengurangkan keganasan seksual dengan menyediakan anggaran lebih tepat mengenai kadar pelakuannya,” kata Brown dipetik 9News.

Kira-kira satu daripada lima wanita dewasa dan satu daripada 15 lelaki dewasa di Australia menjadi mangsa keganasan seksual sejak berumur 15 tahun, demikian menurut Biro Perangkaan Australia (ABS).

Secara umumnya, kajian AIC mendapati 22.1 peratus responden melakukan satu atau lebih bentuk keganasan seksual sejak berumur 18 tahun dan 9.9 peratus melakukannya dalam tempoh 12 bulan lalu. 

Mereka membahagikan respons kajian kepada tiga kategori iaitu gangguan dan paksaan seksual, serangan seksual dan penderaan seksual berasaskan imej.

Kategori gangguan dan paksaan setakat ini merupakan bentuk gangguan paling lazim dengan 16.1 peratus responden mengaku berbuat demikian sejak dewasa dan kira-kira 7.3 peratus melakukannya dalam tempoh 12 bulan lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending