Connect with us

Antarabangsa

Russia benarkan gambar bertudung untuk mohon warganegara

Moscow melonggarkan peraturan melibatkan warga asing memohon kewarganegaraan Russia dengan membenarkan pemakaian tudung atau hijab dalam gambar pasport, kata Kementerian Dalam Negeri Russia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Moscow melonggarkan peraturan melibatkan warga asing memohon kewarganegaraan Russia dengan membenarkan pemakaian tudung atau hijab dalam gambar pasport, kata Kementerian Dalam Negeri Russia.
  • RT melaporkan undang-undang baharu itu berkuat kuasa 5 Mei lalu iaitu sepuluh hari selepas dasar itu diumumkan.
  • “Dalam kes di mana kepercayaan agama pemohon tidak membenarkan penampakan tanpa penutup kepala di hadapan orang asing, gambar diberikan hendaklah dalam bentuk penutup kepala tidak menyembunyikan bujur muka,” jelas dokumen itu.
  • Menurut laporan itu, gambar dengan tudung menutup sepenuhnya atau menutup sebahagian dagu pemohon tidak akan diterima.
  • Pihak berkuasa sudah membenarkan warga Russia menggunakan gambar berhijab apabila memohon pasport, lesen memandu, permit kerja dan paten.

Moscow melonggarkan peraturan melibatkan warga asing memohon kewarganegaraan Russia dengan membenarkan pemakaian tudung atau hijab dalam gambar pasport, kata Kementerian Dalam Negeri Russia.

RT melaporkan undang-undang baharu itu berkuat kuasa 5 Mei lalu iaitu sepuluh hari selepas dasar itu diumumkan.

“Dalam kes di mana kepercayaan agama pemohon tidak membenarkan penampakan tanpa penutup kepala di hadapan orang asing, gambar diberikan hendaklah dalam bentuk penutup kepala tidak menyembunyikan bujur muka,” jelas dokumen itu.

Menurut laporan itu, gambar dengan tudung menutup sepenuhnya atau menutup sebahagian dagu pemohon tidak akan diterima.

Pihak berkuasa sudah membenarkan warga Russia menggunakan gambar berhijab apabila memohon pasport, lesen memandu, permit kerja dan paten.

Peraturan baharu itu “membenarkan penganutnya mematuhi tradisi agama,” sambil turut memastikan “keselamatan negara,” kerana “wajah, seperti data lain, diperlukan supaya sistem pemantauan video dapat mengenal pasti seseorang,” kata Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kawalan Rasuah State Duma, Biysultan Khamzaev kepada Warta Parlimen Russia.

Pada zaman Soviet, semua gambar pasport diserahkan tanpa tudung dan hijab. Berikutan perpecahan USSR pada 1991, wanita Muslim mula menggunakan gambar dalam hijab sehingga 1997 sehinggalah pihak berkuasa mengharamkannya. 

Mahkamah Agung Russia pada 2003 mendapati larangan itu adalah menyalahi undang-undang. 

Setakat undang-undang bermula 2021, satu pindaan keperluan pasport menyatakan individu yang “kepercayaannya tidak membenarkan mereka menanggalkan” “tudung kepala yang dipakai atas sebab agama” boleh menggunakan foto memakai penutup kepala.

Presiden Vladimir Putin berkata Russia merupakan “negara berbilang bangsa dan berbilang agama” yang melayan semua dengan hormat sambil menyatakan bahawa “190 kumpulan etnik tinggal di negara itu.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *