Terkini
Minum alkohol tidak menyalahi undang-undang – Teo Nie Ching
DAP tidak menggalakkan sebarang bentuk ketagihan, namun perbuatan minum alkohol adalah tidak menyalahi undang-undang, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching.
- DAP tidak menggalakkan sebarang bentuk ketagihan, namun perbuatan minum alkohol adalah tidak menyalahi undang-undang, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching.
- Nie Ching yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata, penganjuran konsert amal pendidikan di sekolah Cina diadakan sejak zaman persekolahan menengah beliau lagi.
- Kebiasaannya konsert amal pendidikan di sekolah Cina yang bertujuan mengumpul dana ditaja syarikat arak.
- “Tetapi saya tidak menjadi seorang kaki botol,” katanya kepada Sin Chew Daily pada Selasa ketika mengulas isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah cina yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR – DAP tidak menggalakkan sebarang bentuk ketagihan, namun perbuatan minum alkohol adalah tidak menyalahi undang-undang, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching.
Nie Ching yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata, penganjuran konsert amal pendidikan di sekolah Cina diadakan sejak zaman persekolahan menengah beliau lagi.
Kebiasaannya konsert amal pendidikan di sekolah Cina yang bertujuan mengumpul dana ditaja syarikat arak.
“Tetapi saya tidak menjadi seorang kaki botol,” katanya kepada Sin Chew Daily pada Selasa ketika mengulas isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
Mengulas tentang harapan masyarakat Cina supaya kerajaan menyemak semula garis panduan pengumpulan dana dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2018, Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan membawa isu itu ke mesyuarat Kabinet hari ini.
Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras, untuk membantu perkembangan pendidikan Cina. – The Merdeka Times