Antarabangsa
(VIDEO) Pemimpin pelampau Hindu ancam sembelih 200,000 Muslim
Seorang pemimpin nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP), Karnell Singh mencetuskan kemarahan ramai dengan ancaman “menyembelih 200,000 orang Islam”.
Seorang pemimpin nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP), Karnell Singh mencetuskan kemarahan ramai dengan ancaman “menyembelih 200,000 orang Islam”.
Ancaman itu diungkapkannya selepas insiden kepala lembu ditemui berhampiran kuil Hindu di New Delhi, lapor The Express Tribune pada Khamis.
Ungkapan menghasut itu meningkatkan ketegangan di tengah-tengah kehangatan sensitiviti kaum yang mengundang kecaman meluas pelbagai pihak.
Pengkritik mengecam kenyataan ‘batu api’ Singh yang berpotensi memburukkan lagi perbalahan agama di rantau ini.
Insiden itu menggambarkan nilai ketegangan perkauman berterusan di India di mana isu berkaitan lembu yang dianggap suci dalam agama Hindu sering mencetuskan perdebatan dan kadangkala membawa kepada konfrontasi ganas.
Pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat digesa untuk segera menangani situasi itu bagi mengelak peningkatan ketegangan antara agama daripada berlaku – The Merdeka Times
View this post on Instagram