Terkini
(VIDEO) Larangan berseluar pendek, minuman keras ke atas pelancong bukan isu serius
Peraturan dikenakan di beberapa negeri, termasuk larangan minum arak dan berseluar pendek, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai kurang mesra pelancong asing tidak perlu dijadikan isu serius.
- Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata setakat ini peraturan itu berada dalam keadaan cukup terkawal dan baik.
- “Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebenarnya dalam keadaan yang cukup terkawal dan cukup baik.
- “Saya mohon supaya kita tidak perlu memperlihatkan perkara-perkara yang sebenarnya tidaklah menjadi satu perkara yang cukup serius di negara kita,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
- Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok sama ada pendekatan diambil kerajaan negeri tertentu dalam mengenakan dasar yang kurang mesra pelancong seperti larangan minum arak dan memakai seluar pendek boleh menjejaskan usaha kementerian itu untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
KUALA LUMPUR — Peraturan dikenakan di beberapa negeri, termasuk larangan minum arak dan berseluar pendek, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai kurang mesra pelancong asing tidak perlu dijadikan isu serius.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata setakat ini peraturan itu berada dalam keadaan cukup terkawal dan baik.
“Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebenarnya dalam keadaan yang cukup terkawal dan cukup baik.
“Saya mohon supaya kita tidak perlu memperlihatkan perkara-perkara yang sebenarnya tidaklah menjadi satu perkara yang cukup serius di negara kita,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok sama ada pendekatan diambil kerajaan negeri tertentu dalam mengenakan dasar yang kurang mesra pelancong seperti larangan minum arak dan memakai seluar pendek boleh menjejaskan usaha kementerian itu untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Khairul berkata bagi memastikan Malaysia terus menjadi pilihan, antara cadangan yang sedang diambil perhatian bagi menjauhi persaingan ialah memposisikan Langkawi sebagai ‘preferred Muslim destination’ atau pulau mesra pelancong Islam supaya lebih ke arah kekeluargaan, riadah ataupun kerohanian.
Beliau menjelaskan setiap negeri tidak perlu memainkan peranan yang sama dalam menarik pelancong asing kerana ia akan mengakibatkan persaingan antara negeri.
“Itu sebabnya perlu kita lihat, setiap negeri memainkan peranan masing-masing.
“Tidak perlu setiap negeri melakukan perkara yang sama kerana ia akan menjejaskan dari sudut kompetitif itu sendiri,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram