Connect with us

Terkini

Pemandu e-hailing hina Islam jahil & boleh didakwa – PPMM

Pemandu e-hailing didakwa memburukkan Islam dan Malaysia kepada pelancong dari England yang menggunakan perkhidmatannya boleh didakwa di bawah Seksyen 295, 298 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pemandu e-hailing (kiri) & Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki (kanan).
  • Pemandu e-hailing didakwa memburukkan Islam dan Malaysia kepada pelancong dari England yang menggunakan perkhidmatannya boleh didakwa di bawah Seksyen 295, 298 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.
  • Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata dalam kes membabitkan menghina agama memohon maaf tidak mencukupi kerana terdapat peruntukan undang-undang berkaitan ke atas individu yang melampaui batas tersebut.
  • “Ia (dakwaan pemandu e-hailing itu tentang Islam) adalah dakwaan orang bersikap jahil dan tidak menghormati agama lain. 
  • “Malah ini juga menunjukkan tahap pemikiran Islamophobia,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video tular memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina didakwa memburukkan Islam dan Malaysia dihadapan pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.
  • Lelaki itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.
  • Hisham menafikan dakwaan pemandu e-hailing itu yang mendakwa di Malaysia tiada kebebasan untuk berhibur dan arak juga judi disekat sepenuhnya.

KUALA LUMPUR — Pemandu e-hailing didakwa memburukkan Islam dan Malaysia kepada pelancong dari England yang menggunakan perkhidmatannya boleh didakwa di bawah Seksyen 295, 298 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata dalam kes membabitkan menghina agama memohon maaf tidak mencukupi kerana terdapat peruntukan undang-undang berkaitan ke atas individu yang melampaui batas tersebut.

Hisham berkata dakwaan boleh dikenakan terhadap pemandu e-hailing itu sekiranya terdapat laporan polis dibuat ke atasnya dan pendakwaan memilih untuk meneruskan dengan mana-mana pertuduhan yang sesuai dalam kes tersebut.

“Ia (dakwaan pemandu e-hailing itu tentang Islam) adalah dakwaan orang bersikap jahil dan tidak menghormati agama lain. 

“Malah ini juga menunjukkan tahap pemikiran Islamophobia,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video tular memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina didakwa memburukkan Islam dan Malaysia dihadapan pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

Berdasarkan video dirakam pelancong asing tersebut, lelaki berbangsa Cina tersebut mendakwa tidak adil baginya apabila rakyat agama lain diminta mengikuti peraturan-peraturan agama Islam.

Pemandu e-hailing itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

Dalam video itu, lelaki terbabit berkata beliau tidak memahami pemikiran Muslim Malaysia kerana sepatutnya kelompok tersebut berseronok ketika dilahirkan di dunia.

Kenyataan individu itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen di media sosial yang menuntut tindakan dikenakan ke atasnya.

Dalam pada itu, Hisham menafikan dakwaan pemandu e-hailing itu yang mendakwa di Malaysia tiada kebebasan untuk berhibur dan arak juga judi disekat sepenuhnya.

“Hiburan bukan terhad kepada meminum arak dan berjudi sahaja. Malah, banyak pilihan lain yang ada untuk berhibur secara sihat. 

“Gambaran ini adalah suatu yang berniat jahat dan bukan suatu yang bersifat patriotik,” katanya yang turut menjelaskan bahawa wajar syarikat e-hailing mengambil tindakan susulan ke atas pemandu itu jika sememangnya didapati bersalah. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *