Terkini
Facebook China Press ‘disekat’ Meta
Halaman Facebook (FB) akhbar China Press yang mempunyai lebih 2.5 juta pengikut semalam dialih keluar atau ‘disekat’ daripada platform media sosial disebabkan berita yang didakwa melanggar peraturan komuniti Facebook.

- Akhbar berbahasa Cina itu sendiri mengesahkan halaman Facebook utamanya yang mempunyai lebih 2.5 juta pengikut dialih keluar daripada media sosial berkenaan menerusi laman web China Press pada Isnin.
- “Penggantungan kali ini disebabkan satu berita yang didakwa melanggar peraturan komuniti Facebook.
- “Kami percaya rayuan (dibuat kepada Facebook) itu akan membawa kepada hasil yang positif. Pada masa ini, operasi harian China Press kekal tidak berubah,” katanya.
- Setakat jam 12:40 tengah hari ini, tinjauan The Merdeka Times mendapati Facebook China Press masih menunjukkan masih ralat yang mengatakan kandungan akaun media sosial itu tidak tersedia pada masa ini, mesej ralat kebiasaannya dikaitkan dengan halaman yang dipadamkan.
KUALA LUMPUR — Halaman Facebook (FB) akhbar China Press yang mempunyai lebih 2.5 juta pengikut semalam dialih keluar atau ‘disekat’ daripada platform media sosial disebabkan berita yang didakwa melanggar peraturan komuniti Facebook.
Akhbar berbahasa Cina itu sendiri mengesahkan halaman Facebook utamanya dialih keluar daripada media sosial berkenaan menerusi laman web China Press pada Isnin.
Akhbar terbabit berkata pihaknya sudah membuat rayuan ke atas penggantungan akaun media sosial itu melalui saluran Facebook dan menggunakan saluran berbeza untuk berkomunikasi dengan pemilik media sosial itu iaitu Meta.
“Penggantungan kali ini disebabkan satu berita yang didakwa melanggar peraturan komuniti Facebook.
“Kami percaya rayuan itu akan membawa kepada hasil yang positif. Pada masa ini, operasi harian China Press kekal tidak berubah,” katanya.

Foto: Tangkap layar pautan ke laman Facebook China Press.
Setakat jam 12:40 tengah hari ini, tinjauan The Merdeka Times mendapati Facebook China Press masih menunjukkan ralat yang mengatakan kandungan akaun media sosial itu tidak tersedia pada masa ini, mesej ralat kebiasaannya dikaitkan dengan halaman yang dipadamkan. — The Merdeka Times
