Connect with us

Terkini

ABIM gesa siasatan, tindakan tegas segera ke atas pemandu e-hailing hina Islam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa siasatan mendalam dijalankan ke atas pemandu e-hailing didakwa memburukkan Islam dan Malaysia kepada pelancong dari England yang menggunakan perkhidmatannya baru-baru ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim (kiri) & Pemandu E-Hailing (kanan).
  • Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata pihaknya maklum berkenaan video tular berkaitan pemandu e-hailing itu dan menggesa tindakan tegas dikenakan segera terhadap lelaki terbabit sekiranya dia didapati bersalah.
  • Katanya, bagaimanapun tindakan individu itu tidak perlu diperbesarkan sebagai tindakan mewakili kelompok tertentu secara keseluruhan.
  • “Kita perlu memberi ruang dan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan pendakwaan, tanpa perlu melemparkan label atau persepsi yang tidak perlu.
  • “Tatkala kita konsisten menjulang martabat syiar serta dakwah Islam, kita juga mesti mengekalkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di tanah air tercinta, Malaysia,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Khamis.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video tular baru-baru ini yang memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina didakwa memburukkan Islam dan Malaysia dihadapan pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.
  • Pada Rabu, media melaporkan polis sedang menyiasat video tular membabitkan pemandu e-hailing tersebut.

KUALA LUMPUR — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa siasatan mendalam dijalankan ke atas pemandu e-hailing didakwa memburukkan Islam dan Malaysia kepada pelancong dari England yang menggunakan perkhidmatannya baru-baru ini.

Naib Presidennya, Zairudin Hashim berkata pihaknya maklum berkenaan video tular berkaitan pemandu e-hailing itu dan menggesa tindakan tegas dikenakan segera terhadap lelaki terbabit sekiranya dia didapati bersalah.

Katanya, bagaimanapun tindakan individu itu tidak perlu diperbesarkan sebagai tindakan mewakili kelompok tertentu secara keseluruhan.

“Kita perlu memberi ruang dan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan pendakwaan, tanpa perlu melemparkan label atau persepsi yang tidak perlu.

“Tatkala kita konsisten menjulang martabat syiar serta dakwah Islam, kita juga mesti mengekalkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di tanah air tercinta, Malaysia,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video tular baru-baru ini yang memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina didakwa memburukkan Islam dan Malaysia dihadapan pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

Berdasarkan video dirakam pelancong asing tersebut, lelaki berbangsa Cina tersebut mendakwa tidak adil baginya apabila rakyat agama lain diminta mengikuti peraturan-peraturan agama Islam.

Pemandu e-hailing itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

Dalam video itu, lelaki terbabit berkata beliau tidak memahami pemikiran Muslim Malaysia kerana sepatutnya kelompok tersebut berseronok ketika dilahirkan di dunia.

Kenyataan individu itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen di media sosial yang menuntut tindakan dikenakan ke atasnya dan satu laporan polis telah dibuat  Dewan Pemuda PAS Gombak pada Rabu ke atas pemandu e-hailing terbabit. 

Pada Rabu, media melaporkan polis sedang menyiasat video tular membabitkan pemandu e-hailing didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing, yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya menerima laporan daripada peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, pada Selasa.

Razarudin berkata semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenal pasti pemandu e-hailing itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Taliban ‘sekutu’ Russia perangi keganasan – Putin

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.
  • Bercakap pada sidang media di Astana, Kazakhstan, Putin mengakui Afghanistan menghadapi masalah yang memerlukan “perhatian berterusan” dari Russia dan masyarakat antarabangsa.
  • “Secara amnya, kita perlu mengambil kira bahawa Taliban mengawal kuasa negara. Dalam hal ini, Taliban sudah tentu sekutu kita dalam memerangi keganasan, kerana mana-mana kerajaan berkuasa akan prihatin dengan kestabilan pentadbirannya dan negara diperintahnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.

Bercakap pada sidang media di Astana, Kazakhstan, Putin mengakui Afghanistan menghadapi masalah yang memerlukan “perhatian berterusan” dari Russia dan masyarakat antarabangsa.

“Secara amnya, kita perlu mengambil kira bahawa Taliban mengawal kuasa negara. Dalam hal ini, Taliban sudah tentu sekutu kita dalam memerangi keganasan, kerana mana-mana kerajaan berkuasa akan prihatin dengan kestabilan pentadbirannya dan negara diperintahnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Pemimpin Russia itu menyatakan Moscow menerima isyarat dari Taliban yang menunjukkan kesediaan mereka bekerjasama memerangi keganasan.

Menurut Al Arabiya News, Taliban telah menentang kumpulan pelampau ISIS di Afghanistan selama bertahun-tahun.

Pada Mac lalu, pelampau ISIS membunuh lebih 140 orang dalam serangan ke atas dewan konsert Moscow, serangan keganasan paling maut di Russia selama hampir dua dekad. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending