Antarabangsa
(VIDEO) Ratusan pelajar Harvard keluar upacara graduasi dengan laungan “Free, Free, Palestine”
Ratusan pelajar berjubah graduasi yang menamatkan pengajian di Universiti Harvard keluar dari majlis graduasi mereka dengan laungan “Free, Free, Palestine”.

Ratusan pelajar berjubah graduasi yang menamatkan pengajian di Universiti Harvard keluar dari majlis graduasi mereka dengan laungan “Free, Free, Palestine”.
Insiden itu berlaku sehari selepas institusi tersebut mengumumkan 13 pelajarnya yang menyertai perkhemahan solidariti Gaza tidak akan menamatkan pengajian bersama rakan sekelas mereka.
Diiringi sorakan dan tepuk tangan, penceramah (dalam kalangan) pelajar yang menamatkan pengajian, Shruthi Kumar menyimpang dari teks ucapannya mengkritik universiti dengan mengatakan “kebebasan bersuara” dan “ungkapan solidariti” kini “boleh dihukum” Harvard.
“Saya amat kecewa dengan sikap tidak bertoleransi berkenaan kebebasan bersuara dan hak mereka untuk mengingkari secara sivil di kampus.
“Pelajar telah bercakap. Fakulti telah bercakap. Harvard, adakah anda mendengar kami?” kata Kumar dipetik Al Jazeera.
Lebih 1,500 pelajar membuat petisyen dan hampir 500 kakitangan dan fakulti bersuara menentang pengekangan tunjuk perasaan dalam kalangan pelajar, katanya.
Mereka yang berkhemah ‘protes’ menggesa diadakan gencatan senjata di Gaza dan supaya Harvard memisahkan diri daripada syarikat menyokong jenayah peperangan. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
