Antarabangsa
Serangan Israel ke atas Rafah ‘bukan operasi besar’ – AS
Serangan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza masih belum menjadi “operasi besar,” demikian kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
- Serangan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza masih belum menjadi “operasi besar,” demikian kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
- “Kebenaran fakta di lapangan ialah kita masih belum melihat operasi besar-besaran di Rafah.
- “Kami jelas tentang apa (operasi) ini bukan, iaitu (ia bukan) operasi ketenteraan besar-besaran,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel dipetik Al Jazeera hari ini.
- Tindakan rejim Israel memperdalam pencerobohannya ke Rafah dan memperhebatkan keganasan dalam beberapa hari kebelakangan ini membunuh puluhan rakyat Palestin.
Serangan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza masih belum menjadi “operasi besar,” demikian kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
“Kebenaran fakta di lapangan ialah kita masih belum melihat operasi besar-besaran di Rafah.
“Kami jelas tentang apa (operasi) ini bukan, iaitu (ia bukan) operasi ketenteraan besar-besaran,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel dipetik Al Jazeera hari ini.
Tindakan rejim Israel memperhebatkan keganasan di Gaza dalam beberapa hari kebelakangan ini membunuh puluhan rakyat Palestin.
Jawapan Patel merupakan respon terhadap soalan mengenai tindakan apakah serangan selama tiga minggu di Rafah dikira melintasi “garisan merah” yang sebelum ini diberi amaran oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kepada Israel berkenaan pencerobohan penuh ke atas Rafah. – The Merdeka Times