Connect with us

Antarabangsa

Perancis sokong ICC jika keluar waran tangkap Netanyahu, pemimpin Israel dan Hamas

Perancis akan memberikan sokongan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) seandainya waran tangkap ke atas pemimpin Israel dan Hamas dikeluarkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pendakwa raya ICC, Karim Khan.
  • Perancis akan memberikan sokongan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) seandainya waran tangkap ke atas pemimpin Israel dan Hamas dikeluarkan.
  • Bagaimanapun jika waran sedemikian dikeluarkan, ahli mahkamah antarabangsa yang merangkumi hampir semua negara Kesatuan Eropah (EU) boleh berada dalam kedudukan diplomatik yang sukar.
  • “Perancis menyokong Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kebebasannya dan penentangan terhadap pengecualian dari hukuman pada semua keadaan,” kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan Isnin lalu dipetik France24.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan langkah undang-undang ke atas pegawai Israel sebagai “keterlaluan”, namun Kementerian Luar Perancis mengambil pendirian berbeza.
  • Kementerian Luar Perancis mengulangi kecamannya terhadap insiden serangan 7 Oktober tahun lalu dan amaran membabitkan kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh pencerobohan Israel di Gaza.
  • Sebelum ini, Jerman dilaporkan akan menahan dan ekstradisi (hantar pulang) individu tersenarai dalam waran tangkap itu, termasuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, jika ICC mengeluarkan waran tangkap itu.

Perancis akan memberikan sokongan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) seandainya waran tangkap ke atas pemimpin Israel dan Hamas dikeluarkan.

Bagaimanapun jika waran sedemikian dikeluarkan, ahli mahkamah antarabangsa yang merangkumi hampir semua negara Kesatuan Eropah (EU) boleh berada dalam kedudukan diplomatik yang sukar.

Sebelum ini, Jerman dilaporkan akan menahan dan ekstradisi (hantar pulang) individu tersenarai dalam waran tangkap itu, termasuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, jika ICC mengeluarkan waran tangkap itu.

“Perancis menyokong Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kebebasannya dan penentangan terhadap pengecualian dari hukuman pada semua keadaan,” kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan Isnin lalu dipetik France24, minggu lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan langkah undang-undang ke atas pegawai Israel sebagai “keterlaluan”, namun Kementerian Luar Perancis mengambil pendirian berbeza.

Kementerian Luar Perancis mengulangi kecamannya terhadap insiden serangan 7 Oktober tahun lalu dan amaran membabitkan kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh pencerobohan rejim Israel di Gaza.

“Mengenai Israel, terpulang kepada dewan pra-perbicaraan mahkamah untuk memutuskan sama ada waran akan dikeluarkan setelah penelitian bukti yang dikemukakan pendakwa raya…,” kata Kementerian Luar Perancis.

Pendakwa raya ICC, Karim Khan pada 20 Mei lalu telah memohon waran tangkap untuk Netanyahu dan Gallant atas jenayah, termasuk “pembunuhan dengan sengaja”, “pemusnahan dan/atau pembunuhan” dan “kebuluran” semasa perang di Gaza.

Khan berkata Israel melakukan “jenayah terhadap kemanusiaan” dan mendakwanya menjalankan “serangan meluas dan sistematik terhadap warga awam Palestin”.

Beliau juga berkata pemimpin Hamas, termasuk Ismail Haniyeh yang berpangkalan di Qatar dan Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar “memikul tanggungjawab jenayah” atas tindakan dilakukan semasa insiden serangan 7 Oktober tahun lalu.

Ini termasuk dakwaan “mengambil tebusan”, “rogol dan tindakan keganasan seksual lain” dan “penyiksaan”,” katanya.

“Undang-undang antarabangsa dan undang-undang konflik bersenjata terpakai kepada semua.

“Tiada askar berjalan kaki, tiada komander, tiada pemimpin awam, tiada siapa boleh bertindak tanpa dihukum,” kata Khan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *